Duda Kedah menyesal tiduri lebih 30 wanita… tapi akhirnya

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Sebesar mana pun dosa yang dilakukan, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang benar-benar ikhlas ingin kembali kepada Allah.

Seorang pemuda dikenali sebagai ‘pendosa’ menjadi tular selepas berkongsi kisah penghijrahannya di platform X.

Pemuda itu mengakui pernah menjalani kehidupan yang penuh dengan maksiat, namun berubah setelah mendirikan rumah tangga dengan bekas isterinya.

“Aku seorang lelaki berumur 27 tahun. Kisah silam aku buat ramai orang geleng kepala.

Aku pernah terlanjur dengan lebih 30 wanita secara suka sama suka. Semua ini berlaku antara umur 13 hingga 20 tahun,” katanya.

Duda Kedah menyesal tiduri lebih 30 wanita... Doa anak lelaki tak warisi sifat pendosa

Dia mendedahkan perbuatan itu bermula dengan sepupu sendiri dan berterusan sehingga dia sedar bahawa kepuasan yang dikejarnya tidak pernah membawa kebahagiaan.

“Aku berhenti selepas berkahwin dengan bekas isteriku. Namun, penyesalan itu masih menghantui aku hingga kini,” luahnya.

“Pernah Digelar Orang Minyak”
Pemuda itu turut berkongsi bagaimana namanya menjadi buah mulut masyarakat hingga digelar “orang minyak.”

“Sampai satu tahap, kalau orang dengar nama aku, mereka akan tolak. Pernah juga dituduh guna bomoh. Aku menyesal sangat. Kalau boleh, aku nak cari semua mangsa dan minta maaf satu persatu, tetapi ramai yang sudah hilang jejak,” jelasnya.

Kini, dia tinggal bersama seorang anak lelaki berusia lima tahun selepas berpisah dengan isterinya.

“Doakan Anak Saya Tak Jadi Seperti Saya”
Dalam hantaran itu, dia meminta maaf kepada mana-mana wanita yang pernah menjadi mangsanya, sambil memohon doa agar anaknya membesar menjadi insan yang lebih baik.

“Dia satu-satunya kekuatan yang aku ada sekarang. Tolong doakan anak aku supaya tak jadi macam aku bila dia besar nanti,” katanya.

Netizen Beri Reaksi Berbelah Bahagi

Di ruangan komen, ada yang memberikan sokongan agar dia terus bertaubat dan istiqamah, namun tidak kurang juga yang mengecam perbuatannya.

“Jaga anak elok-elok. Jadikan dia motivasi untuk berubah.”

“Kalau dah 30 bukan terlanjur lagi, itu dah jadi kebiasaan.”

“Semoga teruskan taubat dan jangan ulang kesilapan.”

Sebagai peringatan, zina adalah dosa besar yang ditegah dalam Islam. Namun, bagi mereka yang bertaubat dengan

BACA: Pergolakan dalaman PN Perlis jadi punca 2 adun Bersatu dipecat Menteri Besar