Dua isteri dedah perangai buruk suami tabligh dakwa disuruh tidur sekatil “Lepastu nak 3some..”

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Poligami dalam Islam dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu yang bertujuan untuk menjaga keadilan dan kesejahteraan semua pihak yang terlibat.

Jika diamalkan mengikut ajaran agama, poligami boleh membawa kebahagiaan dan kebaikan.

Namun, tidak semua yang berpoligami mengikut ajaran agama dengan betul. Semalam, dua wanita yang pernah bermadu mendedahkan

Mereka perah dianiaya oleh bekas suami mereka, yang juga seorang pempengaruh di media sosial.

Mereka mendakwa dipaksa melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan mengalami penderitaan emosi serta fizikal.

Dua isteri dedah perangai buruk suami tabligh dakwa disuruh tidur sekatil “Lepastu nak 3some..”

Disuruh tidur & mandi bersama

Dalam pendedahan yang disiarkan secara live di TikTok, bekas isteri, Kak Nad, mendakwa dia pernah diarahkan untuk tinggal sebumbung dengan madunya, Tyrah.

Selain itu, mereka mengakui turut dipaksa tidur bertiga dan mandi bersama atas alasan yang tidak masuk akal.

“Kami disuruh tidur bertiga. Sebabnya? Sebab (dia) gila. Termasuk kena mandi sekali sebab dia nak tengok kedua-dua isterinya mandi telanjang depan mata. Normal ke?

@alynnsya95 cerita panas mlm ni x semua madu itu manis adakalanya madu itu yg menjadi racun yg memusnahkan diri kita #tyrahbetyrah #madubabyazreen #babyazreen ♬ original sound – alynn

“Kami kena duduk serumah itu satu hal, lepas tu kena tidur pula sekatil. Lepas tu nak disuruh buat hubungan bersama secara bertiga.

Dituduh hidap HIV, dipaksa jual diri

@alynnsya95 Replying to @hazirahsulaiman ♬ original sound – alynn

“Saya down sangat-sangat sebab disuruh tidur bersama. Selepas itu bila nak bangun untuk sembahyang Subuh, dia (suami) tanya nak pergi mana? Saya jawab nak pergi sembahyang.

“Dia kata, ‘Tak payah sembahyang la. Awak tu pelacur’. Suami sendiri sanggup berkata seperti itu kepada saya. Kemudian saya tetap berkeras nak pergi, berlaku adegan tarik menarik sebelum dia sepak punggung saya dan diheret sampai ke depan pintu serta disuruh berambus,” katanya.

Lebih teruk lagi, Kak Nad mendakwa lelaki itu menuduhnya menghidap penyakit HIV dan disuruh menjual diri semata-mata untuk membayar hutang ceti haram yang membabitkan puluhan ribu ringgit.

Paksa isteri bekerja untuk beli G Wagon
Sementara itu, Tyrah pula menjelaskan dia turut dilayan seperti hamba dan pelacur. Tujuan bekas suaminya berkahwin ramai juga bukanlah kerana agama.

“Dalam rumah itu, saya dilayan seperti hamba dan pelacur. Kenapa dia kahwin banyak isteri? Banyak isteri, banyaklah duitnya,” katanya.

Pernah sekali Tyrah mahu mengeluarkan produknya sendiri tetapi diciplak oleh bekas suaminya itu. Malah dia meminta Tyrah menjual produk tersebut bersungguh-sungguh agar dia dapat membeli kereta Mercedes G Wagon.

“Dia nak saya jual produk itu sebab dia kata, ‘Aku nak beli G Wagon, kalau awak isteri yang nak berbakti dan mahu keredhaan suami, awak kena bersungguh-sungguh mencari duit, pandai buat content dengan jual produk supaya saya dapat beli G Wagon’.

“Jadinya, saya yang kena bekerja (untuk dia),” katanya.

@alynnsya95 x padan dengan pendek cari mangsa yang cantik je semua #tyrahbetyrah #madubabyazreen #babyazreen ♬ original sound – alynn

Dalam pada itu, Tyrah meminta bekas suaminya memadamkan semua video kolaborasi mereka bersama kerana selama ini dia tidak pernah sudi berbuat demikian.

BACA: “18 tahun kahwin, kakak balik kampung macam datang kenduri, akhirnya mak suruh saya sampaikan dekat kakak, anggap je mak takde”