Driver teksi kantoi raba gadis dalam kereta, selamat sempat rakam..Tular baru baru ini, seorang driver teksi kantoi raba penumpangnya.
Sukar sebenarnya bergelar sebagai seorang perempuan, kadang-kadang rasa cukup terancam apabila hendak keluar di khalayak ramai.
Pada zaman serba canggih, masih banyak sekali kejadian jenayah yang berlaku di luar sana melibatkan penganiayaan kepada golongan tersebut.
Begitulah juga insiden yang turut berlaku kepada seorang gadis cantik dari Indonesia ini.
Penumpang tersebut,Febriany Tuela bertindak bijak apabila sempat merakam secara live ketika bahagian pahanya cuba disentuh dan beberapa kali diraba oleh seorang driver teksi dalam video tersebut, pada awalnya menampakkan wajah gadis berkenaan yang tersenyum sebelum ia dipusing ke belakang untuk mengambil bukti.
Meskipun cuba mengelak dan mengalihkan pahanya beberapa kali, namun pemandu berkenaan masih lagi cuba untuk teruskan.
Febriany yang mula naik geram akhirnya menepis namun tangannya pula dipegang oleh individu tersebut. Segala perlakuan tersebut dipaparkan secara langsung menerusi Instagram gadis berkenaan.
Ketika ditahan pihak berkuasa sambil ditunjukkan video yang telah tular tersebut, pemandu berkenaan nyata terkejut. Bukan itu sahaja, dia juga dilihat menangis serta menunjukkan kekesalannya atas perbuatan terkutuk tersebut.
View this post on Instagram
BACA:
Tuntutan Sulu: Didakwa jadi punca, Tommy Thomas akhirnya buka mulut
Kerajaan sediakan pakej bantuan khusus untuk wanita, semak di sini