Dr Dzul lawat Pintu Air Sg. Perpal, kenalpasti punca banjir kilat

Dr Dzul lawat Pintu Air Sg. Perpal, kenalpasti punca banjir kilat

YB Dzulkefly Ahmad telah melawat Pintu Air Sg. Perpal di Kg Pekajang yang merupakan satu-satunya pintu air untuk mengalirkan air darat ke laut.

Air daripada Kg. Tiram Duku, Kg. Pekajang, Kg. Tg Adang, Kg. Pok dan Kg. Tg Kupang disalurkan kesini. Pintu Air ini agak kecil dan aliran air agak perlahan mungkin antara sebab berlakunya banjir kilat dan air temenung di kampung-kampung yang disebutkan diatas tadi. Pintu Air di Kg Pok berhampiran laluan utama ke Forest City saya difahamkan telah ditutup. Keadaan parit dan sungai yang tidak diselenggara dengan baik juga menyumbang kepada berlakunya banjir kilat dikawasan ini.

Saya rasa sudah sampai masanya satu kajian teknikal yang menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan kekerapan berlaku banjir kilat kebelakangan ini agar satu kaedah penyelesaian jangka panjang dapat dikenalpasti.

 

 

COMMENTS