Doktor forensik tumpang tidur di bilik kosong hospital, Cuak tiba-tiba loceng kaunter depan berbunyi!

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Hospital sering menjadi lokasi yang dikaitkan dengan pelbagai kisah misteri yang sukar dijelaskan.

Baru-baru ini, seorang doktor wanita berkongsi pengalaman seram yang dialaminya melalui satu hantaran di media sosial, mencetuskan perasaan seram dalam kalangan pembaca.

Menurut doktor tersebut, kejadian itu berlaku pada waktu tengah hari ketika dia bersama rakan sekerja berada di hospital.

“Kalau nak ceritakan pengalaman seram masa bekerja forensik dulu, sebenarnya tak banyak. Tapi ada satu kejadian yang saya takkan lupa.

Ketika itu, saya dan rakan sekerja melepak dan tidur di sebuah bilik di hospital semasa waktu rehat makan tengah hari.

Doktor forensik tumpang tidur di bilik kosong hospital, Cuak tiba-tiba loceng kaunter depan berbunyi!

Kami malas nak keluar, jadi kami gunakan bilik itu sementara,” cerita doktor tersebut.

Bilik yang mereka gunakan mempunyai sebuah kaunter di bahagian depan, lengkap dengan loceng panggilan untuk pelanggan.

*”Aras tempat kami berada waktu itu memang kosong dan gelap sebab hanya kumpulan kami yang tidak keluar makan. Tiba-tiba kami terdengar bunyi ‘ting, ting, ting’ dari loceng kaunter. Maksudnya ada orang tekan loceng, tapi siapa?

“Kami bertiga terus rasa seram. Pintu masuk depan pun tak berbunyi, sedangkan pintu itu ada loceng kecil tergantung pada engselnya. Kami tahu memang tiada orang lain di aras itu,”* imbasnya penuh debar.

Seorang rakan sekerja akhirnya memberanikan diri untuk melihat keadaan di kaunter, namun tiada sesiapa di situ.

“Sampai ke hari ini, kami masih tak tahu siapa yang tekan loceng itu. Seram juga bila fikir balik, ‘benda’ itu mungkin boleh nampak kami, tapi kami tak nampak dia,” tambahnya lagi.

Doktor tersebut turut berkongsi rasa syukur kerana insiden itu tidak berulang. “Alhamdulillah, selepas kejadian itu, tiada lagi gangguan yang berlaku. Saya harap dapat bekerja dengan tenang di forensik tanpa gangguan sebegini.”

Reaksi Netizen
Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang berkongsi ketakutan untuk bekerja di hospital, manakala ada juga yang memberi nasihat tentang cara melindungi diri daripada gangguan makhluk halus.

“Alahai, mungkin ‘benda’ itu cuma nak usik dan berkawan. Elok kalau adakan bacaan ayat suci al-Quran di aras hospital tersebut,” komen seorang pelayar.

Seorang lagi memberi peringatan, “Jangan lupa pendinding diri, sebab makhluk halus suka orang yang lemah pertahanannya.”

Tidak dapat dinafikan, pengalaman seram seperti ini sering menjadi perbualan di kalangan mereka yang bekerja di hospital, menambahkan misteri di lokasi tersebut.

BACA: Profesor kongsi gambar bogel dengan pelajar, lain pula jadi bila Universiti Malaya masuk campur