Dituduh tak bayar hutang Aliff Syukri, ini respon bekas Menteri berpangkat Tan Sri
Sebelum ini, kecoh diperkatakan mengenai isu usahawan terkenal,
Datuk Aliff Syukri yang mendakwa seorang bekas menteri berpangkat Tan Sri telah berhutang dengannya sebanyak puluhan juta ringgit namun sehingga kini masih belum dilangsaikan.
Isu itu tersebut menjadi sebutan ramai selepas Aliff memuat naik luahannya di Instagram yang juga mendedahkan bahawa usahanya untuk menghubungi individu itu gagal dan tidak menerima sebarang respon.
“I don’t want to go to their level” – Abdul Kadir
Seakan mengiyakan nama beliau terpalit dalam tuduhan usahawan kosmetik tersebut, bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, beliau telah menyerahkan hal ‘ugutan’ Aliff Syukri kepada peguamnya.
Menurut Malaysiakini, Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan dari 1994 hingga 2004 memberi alasan bahawa beliau enggan meletakkan kedudukannya serendah ahli perniagaan itu.
I don’t want to go down to their level (saya tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri).
“Sekarang peguam saya sedang uruskan perkara itu,” katanya.
View this post on Instagram
Bila ditanya sama ada wujud usaha untuk membersihkan imejnya, Abdul Kadir berkata dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai hal tersebut.
Saya dengan orang macam itu tak nak komen. Saya tak nak sebut nama,” katanya.
Harap-harap masalah ni taklah dipanjangkan lagi. Mungkin kedua-dua belah pihak boleh duduk berbincang elok-elok kan…
BACA:
Bapa durjana! Tiduri anak kandung sendiri, tergamak tanam 7 bayi hasil sumbang mahram
Patutlah berlian banyak ditemui di benua Afrika, rupanya ini punca bagaimana ini semua terjadi