Ditembak rakan baik sendiri, Menteri Alam Sekitar maut. Sumber Kementerian Alam Sekitar dipetik akhbar tempatan
Acento memberitahu, penyerang bertindak memasuki pejabat Mera seorang diri, lalu kedengaran enam hingga tujuh das tembakan dilepaskan.
Menteri Alam Sekitar Republik Dominika, Orlando Jorge Mera, maut akibat ditembak oleh ‘rakan baiknya’ sendiri di pejabatnya.
Sumber Kementerian Alam Sekitar dipetik akhbar tempatan Acento memberitahu, penyerang bertindak memasuki pejabat Mera seorang diri, lalu kedengaran enam hingga tujuh das tembakan dilepaskan.
Menurut pejabat Presiden, Miguel Cruz, yang merupakan rakan baik Mera berjaya ditahan oleh anggota polis.
Kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa susulan insiden menyayat hati itu.
Insiden tersebut sudah disiasat dan hasil siasatan akan didedahkan kepada umum pada masa yang sesuai.
Mera, 55, merupakan anak kepada bekas Presiden Dominika, Salvador Jorge Blanco, yang memerintah negara Caribbean itu pada 1982 hingga 1986. Beliau dilantik menjadi menteri di bawah pemerintahan Presiden Luis Abinader, Ogos 2020.
BACA:
“Aku ditawar bekerja di Singapura tapi diseludup ke Myanmar, kalau melawan aku akan dirogol”