Ditembak di dada dan tulang selangka, ini punca pegawai polis ditembak isteri sendiri

Oleh MHDAILY

Ditembak di dada dan tulang selangka, ini punca pegawai polis ditembak isteri sendiri. pegawai kanan polis maut ditembak oleh isterinya sendiri di kediaman mereka, dalam kejadian pada petang Ahad lalu.

Leftenan Jeneral Panya Pinsuk maut akibat terkena dua das tembakan iaitu di dada dan tulang selangka.

Polis yang menerima laporan mengenai kejadian segera berkejar ke rumah mangsa di daerah Thawi Watthana, Bangkok

Ditembak di dada dan tulang selangka, ini punca pegawai polis ditembak isteri sendiri

Dia ditemui jasadnya di sebelah kereta sedan Toyota berwarna perak yang diletakkan di hadapan rumah.

Isteri mangsa, Pornprapha Pinsuk, yang ketika itu berada di rumah, mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Polis turut menemui sepucuk revolver.38 di atas almari dan pistol Glock di atas lantai dalam salah sebuah bilik di rumah mereka.

Pornprapha dibawa keluar dari rumah dalam keadaan terkejut, dan polis tidak menemui sebarang tanda pergelutan di dalam rumah.

Menurut pihak polis, tembakan itu berpunca daripada tekanan di mana Pornprapha didakwa menembak suaminya ekoran masalah peribadi dalam keluarga.

Wanita itu kini ditahan atas tuduhan sengaja melakukan pembunuhan.

BACA:

Jana Wibawa perkasakan ekonomi siapa sebenarnya? Pemimpin PN atau rakyat sebenarnya?

Ini punca ramai guna tanda pagar ‘Boikot HotFm’