Ditekan kiri dan kanan dengan SOP Tahun Baru Cina, Presiden MCA minta semua bersabar

Ditekan kiri dan kanan dengan SOP Tahun Baru Cina, Presiden MCA minta semua bersabar

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin maklum dengan kekecewaan terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi perayaan Tahun Baru Cina, menurut Presiden MCA Wee Ka Siong.

“Perdana menteri ambil perhatian terhadap kekecewaan yang disuarakan pelbagai pihak. Kerajaan telah mendengar suara anda.

“Perkara ini ini boleh diselesaikan dengan cara yang selamat dan dengan pematuhan SOP. Marilah kita bersabar dan tunggu pengumuman rasmi tak lama lagi,” katanya di Instagram.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan SOP untuk tahun baru Cina pada 4 Feb lalu.

Ia mengundang kritikan kerana memberikan tarikh yang salah untuk acara makan besar, menegaskan “perarakan tanglung” dilarang – walaupun ia memang tidak dibuat – dan kunjungan hanya untuk “anggota keluarga dari isi rumah yang sama”.

Pihak berkuasa kemudian membenarkan kunjungan di kalangan ahli keluarga yang tinggal dalam jarak 10 kilometer.

MKN turut menukar tarikh dalam SOP tetapi tetap ada suara tidak puas hati memandangkan pasar malam, pusat cuci kereta dan pusat beli belah dibenarkan operasi di saat kunjungan keluarga dikawal.

Para pembekal dan peruncit juga menggesa kerajaan untuk membenarkan mereka menghabiskan stok bermusim, seperti pakaian bertemakan “tahun lembu, menjelang Tahun Baru Cina pada Jumaat ini.

MKN dijangka mengeluarkan kemas kini kedua SOP esok.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/562068