Diskaun saman trafik sehingga 60% ! Ini 11 kesalahan jalanraya yang tak dapat diskaun, no.9 tu ramai orang buat.
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 60 peratus, mulai Isinin (20 Mac) hingga akhir bulan ini.
Tawaran tersebut dibuat sempena Hari Polis Ke-216.
Menurut pengumuman menerusi laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur pada Ahad, tawaran itu berlangsung sehingga 31 Mac.
Tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.
Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan yang tidak boleh dikompaun (NC), kemalangan, menggunakan lorong kecemasan, bicara mahkamah, saman berstatus waran, kenderaan berat, memotong secara bahaya, melanggar lampu isyarat, pengubahsuaian ekzos, memotong di garisan berkembar dan saman Op Selamat.
BACA:
“Jatuh cinta ketika cikgu sedang mengajar”, pelajar ini nekad kahwini cikgu sekolah sendiri
Besarnya! Lipan panjang 60cm ditemui di tapak lombong di Kuantan