Disangka gunting kertas, ibu terkejut rupanya anak gunting duit belanja basah!

Oleh SURIANI HAMDAN

Seorang wanita hanya mampu ‘mengurut dada’ apabila melihat anaknya menggunting sejumlah wang kertas

Yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan sepanjang sebulan, lapor program berita Liputan6 kelmarin.

Berdasarkan video yang dikongsi di platform TikTok, wanita tersebut menyatakan bahawa dia pada mulanya menganggap anaknya sedang menggunting kertas biasa.

Disangka gunting kertas, ibu terkejut rupanya anak gunting duit belanja basah!

Namun, setelah mendekati, dia menyedari bahawa kanak-kanak tersebut sebenarnya menggunting wang kertas dalam bentuk seperti permainan ‘puzzle’.

“Wang belanja makan sebulan habis dan tiada baki lagi. Mungkin saya terpaksa buat kerja sampingan untuk bertahan,” kata wanita tersebut dalam keterangan video.

Klip video tersebut memaparkan kanak-kanak perempuan itu menggunting wang kertas bernilai 1,000 rupiah (RM0.30 sen), 50,000 rupiah (RM15), dan 100,000 rupiah (RM29.97).

Walaupun terkejut dengan tindakan anaknya, wanita itu kelihatan tenang sambil memberi nasihat agar anaknya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Video itu menjadi viral dan menerima pelbagai komen dari netizen.

“Pengajaran dari ini adalah jika anda mempunyai anak kecil, jangan lengah. Hanya seketika anda tidak memantau mereka, pasti ada ‘projek’ yang dilakukan,” kata seorang netizen.

“Tukar sahaja di bank kak, masih boleh diterima. Saya juga pernah mengalaminya, wang digunting oleh anak,” kata netizen lain.

Menurut Bank Indonesia, wang yang rosak atau cacat boleh ditukar asalkan tanda keasliannya masih dapat dikenal pasti.

BACA: