Pelakon Izara Aishah, melalui satu hantaran di aplikasi X, telah menegur tindakan individu yang mengecam
usaha kerajaan Malaysia dalam merawat rakyat Palestin yang tercedera baru-baru ini.
Difahamkan, individu tersebut mengkritik sikap rakyat Malaysia yang didakwanya hipokrit kerana sering menafikan hak pelarian untuk mendapatkan kemudahan asas.
Izara Aishah menegur tindakan individu itu dan menjelaskan bahawa kedatangan rakyat Palestin ke Malaysia adalah semata-mata untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
“Adakah warga Palestin benar-benar mahu menjadi rakyat Malaysia?
Mereka datang hanya untuk dirawat. Mereka menangis kerana bayi mereka dibunuh setiap hari di sana,” tulis Izara.
Beliau menambah, rakyat Palestin sangat menghargai bantuan dari Malaysia, negara yang selama ini sentiasa membantu mereka. “Mestilah kita terharu. Mereka sangat susah untuk tinggal di negara mereka,” ujar Izara.
Di ruangan komen, ramai netizen menyokong pendapat Izara Aishah.
Untuk makluman, seramai 41 orang rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel bersama 86 ahli keluarga mereka telah selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang pada hari Jumaat lalu untuk mendapatkan rawatan perubatan.
BACA: Usia hampir 100 tahun tapi ingatan macam orang muda, nenek ini kongsi rahsia elak nyanyuk