Dikecam netizen kerap ajak isteri menari, sekali Da’i Syed buka mulut sekolahkan balik netizen

Oleh MHDAILY

Dikecam netizen kerap ajak isteri menari, sekali Da’i Syed buka mulut sekolahkan balik netizen .

Sedia maklum, pendakwah bebas, Da’i Syed serta isteri,

Hana Ismail sering berkongsi momen-momen ‘mesra’ di laman media sosial dan video menari mereka sering menjadi perhatian netizen.

Dikecam netizen kerap ajak isteri menari, sekali Da'i Syed buka mulut sekolahkan balik netizen

Bagi menjawab kecaman netizen, Da’i Syed menganggap tujuan berkongsi video menari di media sosial bersama isteri hanya untuk mencipta kenangan dan yakin mereka tidak berlebihan.

Dalam pada itu, pasangan tersebut tidak pernah meletakkan diri mereka sebagai ikon Islamik seperti yang diperbesarkan oleh warganet.

Hana sebenarnya nak jadi cikgu, bukan ustazah dan bukan belajar di Mesir pun. Dia pun masih dalam proses penghijrahan, jadi kami tak meletakkan kami seorang ikon Islamik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

Menurut pendakwah itu lagi, dia berkongsi video bersama isteri di laman media sosial kerana mahu elakkan dari berlakunya fitnah, dimana orang akan fikir mereka mempunyai masalah rumah tangga jika tidak memaparkan kemesraan sebagai pasangan suami isteri.

Susulan itu, Da’i Syed enggan mengambil pusing dengan kecaman warganet dan terima segala teguran untuk perbaiki diri, tetapi jika teguran itu seperti menghina, sudah semestinya mereka terkilan.

BACA:

PU Syed kecam kedatangan Coldplay tapi Ustaz Don suruh dengar lagu Coldplay ‘Fix You’

“Kalau isu pengurusan tak selesai, bagilah duit banyak macam manapun, takkan selesai masalah air Kelantan” – Menteri