Dikaitkan dengan dakwaan minta Adun Sabah minta rasuah, ini respon KM Sabah

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, mengesahkan bahawa namanya disebut dalam rakaman audio yang mendakwa

Beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

Bercakap di Papar, Hajiji menjelaskan bahawa pihaknya tidak berniat untuk menyembunyikan isu tersebut

Beliau  akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya tiada apa-apa. Kerajaan Sabah berjalan dengan baik dan dalam keadaan yang stabil. Itu (tuduhan dalam rakaman audio) hanyalah tuduhan sahaja.

Dikaitkan dengan dakwaan minta Adun Sabah minta rasuah, ini respon KM Sabah

Laporkan sahaja kepada SPRM, kita tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya, seperti dipetik daripada portal Berita Harian Online.

Semalam, pemberi maklumat tersebut melalui firma guaman Izwan Mazniza Kamil and Associates, menghantar surat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk meminta campur tangan berhubung permohonan perlindungan dan kekebalan undang-undang di bawah akta berkenaan.

Pada malam yang sama, pemberi maklumat tersebut mendakwa menerima ancaman bunuh melalui panggilan WhatsApp dari nombor yang tidak dikenalinya.

Panggilan selama kira-kira 16 saat itu, diambil daripada seorang lelaki yang mengugutnya dalam bahasa Cina, mendakwa dirinya dari kumpulan pembunuh upahan yang diberi arahan untuk membunuh individu tersebut dalam tempoh 24 jam jika dia tidak menghentikan pendedahan tersebut.

Mengulas lanjut mengenai isu rakaman audio itu, Hajiji berkata kerajaan negeri telah meminta pihak berkuasa untuk menyiasat kes tersebut dengan teliti.

“Ini kita minta pihak berkuasa untuk menyiasat. Kita akan beri kerjasama, tetapi siasat juga mereka yang memberi rasuah. Pemberi rasuah ini mempunyai niat jahat untuk mendapat sesuatu daripada kerajaan.

Jika mereka tidak berjaya, barulah isu ini timbul. Untuk lebih adil, tangkap dan siasat mereka yang memberi rasuah dulu,” ujarnya lagi.

BACA: Pemberi maklumat kes rasuah ADUN Sabah terima gambar ugutan lelaki ditembak mati