Digelar pengkhianat, Najib nekad dengan sebarang kemungkinan

Digelar pengkhianat, Najib nekad dengan sebarang kemungkinan

Di bawah ini adalah jawapan Najib Razak terhadap kenyataan Ahli Parlmen Arau, Shahidan Kassim yang menyifatkannya akan jadi pengkhianat jika menolak untuk meluluskan Belanjawan 2021.

Shahidan kemudian menjelaskan, kenyataannya tidak ditujukan kepada Najib, tetapi beliau terlepas cakap kerana diganggu semasa menyampaikan ucapannnya.

Walaupun Arau dah jelaskan dia tak maksudkan saya, saya berpendapat bahawa ianya lebih elok untuk saya digelarkan “pengkhianat” jika ini bermakna saya tak khianat pada kehendak dan harapan Rakyat untuk pengeluaran dari akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman secara automatik sehingga akhir Jun 2021.

Sedangkan PH dah lama tuduh kerajaan PN penuh dengan pengkhianat dan ini bermakna saya tidak akan berseorangan.

Kedua-dua kehendak dan keperluan yang kita nyatakan sebagai syarat untuk sokong Bajet 2021 adalah soal hidup atau mati bagi ramai yang sangat terdesak pada krisis Covid ini.

Sumber : https://shahbudindotcom.net/2020/11/19/saya-rela-digelar-pengkhianat-asal-tak-khianat-pada-harapan-rakyat.html

COMMENTS