Didakwa jadi punca Diana minta cerai dengan Farid Kamil, sekali Ahirine buka mulut dedah situasi sebenar

Oleh MHDAILY

Didakwa jadi punca Diana minta cerai dengan Farid Kamil, sekali Ahirine buka mulut dedah situasi sebenar.

Pelakon Ahirine Ahiruddin menyangkal desas-desus yang mendakwa dirinya menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle.

Bahagia dengan ‘boyfriend’

Didakwa jadi punca Diana minta cerai dengan Farid Kamil, sekali Ahirine buka mulut dedah situasi sebenar

Memetik laporan Harian Metro, Ahirine menegaskan dia bukan penyebab Diana membuat permohonan cerai terhadap Farid, pada awal bulan lalu.

Kata aktres berumur 26 tahun itu, dia sudah mempunyai teman lelaki.

Saya tiada kaitan dan bukan menjadi punca Diana memfailkan cerai terhadap Farid.

Macam mana pula, nama saya dikaitkan dengan Farid sedangkan saya kini dalam fasa bahagia dengan teman lelaki.

Tegas Ahirine, hubungan akrabnya dengan Farid hanya atas dasar kerja semata-mata.

Diana dan Farid tidak ada kata apa-apa pun mengenai perkara itu. Pandai-pandai je netizen ni.

Saya berharap dengan kenyataan ini, netizen hentikan dari buat cerita yang tidak betul kerana boleh jejaskan nama baik saya dalam bidang seni.

Sibuk kerja

Dalam pada itu, pelakon filem komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie memberitahu dia sudah lama tidak berhubung dengan pemilik nama Farid Kamil Zahari kerana sibuk dengan penggambaran.

Sebenarnya, saya sudah lama tidak berbual dengan Farid kerana baru kembali dari penggambaran filem Tebus yang membabitkan tempoh lebih sebulan di Sarawak.

Saya bergandingan dengan pelakon Aedy Ashraf dalam filem itu.

Jika nak diikutkan, Farid memang selalu ‘training’ motor atau Muay Thai dengan team saya. Kadang-kadang Diana juga ‘training’ sekali dengan kami.

Terdahulu, nama Ahirine juga pelakon gandingan Farid untuk filem Rempit 2 itu dipetik menjadi punca keretakan rumah tangga Farid dan Diana oleh netizen kerana sering mempamerkan keakraban di media sosial.

BACA:

Tengah ‘healing’ dekat air terjun, ada pula pakcik datang tanya ‘pernah kena hisap tak?’ sekali ini yang jadi