Dibantu peguam Siti Bainun, Abu Syafiq menang kes ‘kafirkan’ Ebit Lew

Oleh MHDAILY

Dibantu peguam Siti Bainun, Abu Syafiq menang kes ‘kafirkan’ Ebit Lew. Selepas hampir dua tahun kes saman fitnah siber melibatkan Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ari terhadap seorang personaliti televisyen, PU Faiz atau nama sebenarnya, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli berlangsung, hari ini Mahkamah Sesyen telah membuat keputusan mengenai kes tersebut.

Mahkamah hari ini mengarahkan agar PU Faiz selaku defendan membayar pampasan kepada Ustaz Abu Syafiq selaku plaintif setelah beliau gagal membela diri.

Ustaz Abu Syafiq yang diwakili peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, hakim perbicaraan mendapati defendan yang juga seorang pempengaruh media sosial yang aktif dilaman Facebook bertanggungjawab, kerana siaran dan komenn-komen dibuat defendan bersifat fitnah.

“Melalui penghakiman, Mahkamah memutuskan bahawa kandungan siaran oleh defendan bahawa anak guamnya iaitu Ustaz Abu Syafiq telah mengkafirkan Ustaz Ebit Lew dan lain-lain pernyataan adalah fitnah.

Dibantu peguam Siti Bainun, Abu Syafiq menang kes 'kafirkan' Ebit Lew

“Sekaligus menyebabkan anggapan bahawa beliau suka mengkafirkan orang lain, melanggar syariat islam, melakukan sesuatu yang keji, jahil dan tidak mahu menerima ilmu, seorang pemfitnah, berperangai celaka, biadap, tidak mempunyai akhlak seperti seorang ustaz, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai dan hanya berkata-kata kosong,” katanya.

Tambah Nurul Hafidzah lagi, anak guamannya itu juga turut difitnah di dalam Whatsapp yang dinamakan sebagai ASWAJA Nusantara dan juga dalam satu siaran pautan menerusi akaun Facebook yang dimuat naik defendan pada Julai 2020.

Oleh itu, Mahkamah bersetuju agar tuntutan yang dikemukakan oleh plaintif telahpun berjaya dan memerintahkan agar defendan membayar ganti rugi am serta merta.

Bukan itu sahaja, PU Faiz turut dikenakan faedah ke atas ganti rugi pada kadar lima peratus dan tarikh pemfailan. Malah, pihak Mahkamah juga mengarahkan semua fitnah yang dibuat oleh defendan perlu dikongsi ulang dalam permohonan maaf dan disiarkan di media sosial, Facebook secara umum sehingga tarikh yang telah dipersetujui.

Malah, defendan juga diberi injunksi, melarang sama ada dirinya, orang suruhan atau ejennya daripada menerbitkan atau menyumbang kepada sebarang bentuk kenyataan fitnah, memalukan dan menjatuhkan reputasi plaintif.

Terdahulu, pada Januari 2022, Ustaz Abu Syafiq turut menang kes saman fitnah siber membabitkan seorang individu bernama, Hamidah Rapaee.

Manakala, kes saman fitnah beliau ke atas pengacara televisyen, Amin Idris masih berlangsung.

BACA:

Nassuruddin Daud terlibat kemalangan nahas di Mesir, patah kaki kanan

Wow! Cara unik tanam kelapa di Thailand tarik perhatian