‘Peluang yang saya bagi ni sia-sia’ Diana Danielle anggap tindakan Farid memualkan

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

PASANGAN pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur,

Pada Isnin untuk sebutan pertama prosiding perceraian mereka.

Farid Kamil, 43, atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, tiba di mahkamah sekitar pukul 9.40 pagi dengan menggambarkan

Hari tersebut sebagai “hari terbaik” baginya. Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut maksud kenyataan itu dan hanya memberikan senyuman ketika ditanya oleh pihak media.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat. Hari ini merupakan hari yang paling terbaik,” katanya ringkas kepada mStar.

'Peluang yang saya bagi ni sia-sia' Diana Danielle anggap tindakan Farid memualkan

Farid hadir bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Sementara itu, Diana Danielle tiba lebih awal pada pukul 9.30 pagi. Namun, beliau enggan memberikan sebarang ulasan lanjut mengenai prosiding tersebut. “Tak ada harapan apa-apa. Alhamdulillah, saya sihat,” katanya ringkas.

Peguam Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir, menjelaskan bahawa keputusan prosiding bergantung kepada reaksi defendan, iaitu Farid, sama ada beliau bersetuju untuk melafazkan cerai atau tidak.

“Hari ini diteruskan dengan permohonan cerai. Kita tunggu reaksi daripada defendan, sama ada beliau bersetuju atau tidak,” katanya.

Sekiranya Farid tidak bersetuju, Akberdin memaklumkan bahawa proses selanjutnya akan mengikut prosedur, termasuk Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam. “Kita akan ikut proses selanjutnya. Jadi kita tunggu dahulu,” tambahnya.

Pada 20 November lalu, mahkamah mengesahkan status perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil masih sah sebagai suami isteri setelah pasangan itu kembali rujuk pada 31 Ogos 2023, selepas bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang anak, iaitu Muhammad, 11 tahun, dan Nur Aurora, 9 tahun.

BACA: ‘Lautan api sanggup ku renangi’ Lelaki nekad berenang 5 jam selamatkan isteri tengah laut