“Dia selalu buat main”, lelaki beri vape pada bayi akhirnya munculkan diri

Oleh MHDAILY

“Dia selalu buat main”, lelaki beri vape pada bayi akhirnya munculkan diri. Sebelum ini, viral di media sosial memaparkan seorang lelaki memberi bayi perempuan menghisap rokok elektronik (vape) dan perkara berkenaan secara tidak langsung membangkitkan kemarahan netizen.

Tampil mohon maaf

Terbaharu, lelaki dikenali sebagai Haikal yang didakwa sengaja meletakkan vape berkenaan pada mulut bayi itu tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Saya Haikal nak maklumkan bahawa video yang viral baru-baru ini, kami dah pergi ke balai polis tujuan betulkan statement yang banyak sangat statement tak betul.

Salah saya, salah kami dan saya menyusun sepuluh jadi memohon kemaafan kepada semua yang sama ada notice atau tak statement ni.

"Dia selalu buat main", lelaki beri vape pada bayi akhirnya munculkan diri

Dalam pada itu, dia turut mengakui bahawa memang salahnya meletakkan vape berkenaan pada mulut bayi terbabit, namun rokok elektronik tersebut sudah tidak berfungsi lagi.

Dia memang selalu buat main. Pihak polis dah ambil statement, tak boleh menafikan.

Dedahnya lagi, dia bukanlah bapa kepada bayi perempuan itu seperti yang diperkatakan di dalam beberapa portal media lain.

Lepas tu yang bagi statement saya bapa kepada budak tersebut itu salah, saya bukan bapa dia. Saya wakil dari kami sekali lagi minta maaf.

Foto tangkap layar

"Dia selalu buat main", lelaki beri vape pada bayi akhirnya munculkan diri

BACA:

Ini latar belakang Laudya Cynthia Bella yang ramai tak tahu – Artis paling mahal Indonesia

Komen Mike Tyson pasal kematian buat orang ramai tersentak

Tuan pergi kerja, Oyen tolong terima parcel buat netizen teruja