Dia punya bau tu paling ‘piaw’, ini sejarah Tancho, pomade paling legend yang ramai tak tahu

Oleh MHDAILY

Dia punya bau tu paling ‘piaw’, ini sejarah Tancho, pomade paling legend yang ramai tak tahu.

Penjualan minyak rambut yang dikenali sebagai pomade menjadi tular secara tak semena-mena sehinggakan anda dapat melihat ia dijual di mana-mana sahaja termasuklah pasar malam.

Namun, generasi zaman kini tak pernah tahu akan jenama pomade yang paling legend, yang pernah popular satu ketika dahulu.

Dia punya bau tu paling 'piaw', ini sejarah Tancho, pomade paling legend yang ramai tak tahu

Pomade tersebut tak lain dan tak bukan adalah Tancho. Anak-anak kelahiran tahun 1980 dan 1990 an, kalau tak kenal Tancho memang rugi, mesti pakai Brylcreem kan?

sejarah dan asal usul tancho pomade

Tancho mempelopori pengeluaran dan penjual pomade di Malaysia satu ketika dahulu. iluminasi.com ingin kongsikan mengenai syarikat pengeluar produk ini.

Ditubuhkan pada tahun 1927
Mandom Corporation adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Jepun, mengeluarkan dan mengedarkan produk penjagaan rambut, penjagaan kulit, minyak wangi dan juga deodoran.

tancho sejarah pomade paling terkenal kini di dunia0

Syarikat ini diasaskan dan ditubuhkan oleh Shinpachiro Nishimura dengan nama Kintsuru Perfure Corporation pada tahun 1927. Ia kemudiannya menukarkan nama kepada Mandom Corporation pada tahun 1971.

Produk pertama : Tancho Stick

tancho sejarah pomade paling terkenal kini di dunia5
Produk pomade pertama yang dikeluarkan pada tahun 1933 yang diberi nama Tancho Stick. Dan disebabkan ia mendapat sambutan hangat dan dianggap produk yaang berjaya, syarikat ini mula untuk fokus kepada produk penjagaan lelaki.

tancho sejarah pomade paling terkenal kini di dunia0 168

Satu demi satu kejayaan dikecapi oleh syarikat Jepun ini melalui Tancho Stick, dan sekali lagi membuatkan mereka menukarkan nama syarikat kepada Tancho Corporation pada tahun 1959.

Usaha Tancho melebarkan sayap ke luar daripada Jepun dibantu oleh pengeluaran produk baru pada tahun 1970 yang diberi nama Mandom. Ia merupakan kombinasi perkataan “human” dan “freedom” dan merupakan satu lagi produk yang sangat berjaya.

tancho sejarah pomade paling terkenal kini di dunia5

tancho sejarah pomade paling terkenal kini di dunia 7Kempen pemasaran Mandom yang menggunakan pelakon Charles Bronson merupakan siri iklan Jepun paling lama yang menggunakan bintang Hollywood.

Dalam hanya masa seminggu iklan Mandon disiarkan di televisyen, produk ini menjadi jenama produk penjagaan lelaki paling laris di Jepun.

Disebabkan kejayaan ini, Tancho Corporation sekali lagi menukarkan nama syarikat kepada Mandom Corporation pada tahun 1971.

Menjelang tahun 1976, kejayaan Mandom dan penciptaan jenama eksklusif baru iaitu Gatsby menggalakkan mereka untuk mencuba jualan produk ini secara langsung.

Walaupun jenama Gatsby juga mendapat sambutan hangat seperti mana Tancho dan Mandom, namun penjualan Mandom secara langsung sangat menghampakan.

tancho sejarah pomade paling terkenal kini di dunia 7

Disebabkan tiada pilihan, syarikat ini terpaksa melupakan jualan langsung dan kembali kepada penjualan secara edaran borong pada tahun 1980.

Penyenaraian awam di Bursa Saham Tokyo
Pada tahun 1988, Mandom telah disenarai awam, menjual saham secara pasaran Over-The-Counter-Market (OTC) di Bursa Saham Tokyo. Mandom kemudiannya memperkenalkan jenama kosmetik terbaru untuk wanita iaitu Lucido pada tahun 1989.

tancho sejarah pomade paling terkenal kini di dunia 8

tancho sejarah pomade paling terkenal kini di dunia 8

Pada awal tahun 2000, Mandom berhasrat untuk terus mencari pasaran produk baru dan membuat keputusan untuk mengembangkan kewujudan di peringkat antarabangsa dengan menjadikan Gatsby dan Lucido sebagai jenama utama global.

Senarai jenama oleh Mandom Corporation :

tancho sejarah pomade paling terkenal kini di dunia 10

Gatsby: produk penjagaan kecantikan bagi lelaki
Lucido: produk penjagaan kecantikan bagi wanita
Bifesta: jenama kosmetik wanita
Pixy: jenama kosmetik wanita
Pucelle: penjagaan badan dan wangian wanita
Jenama lain: Dr. Renaud, Guinot, Formulate, Aristia, dan Direction Refilia, Miratone, danJohnny Andrean.
tancho sejarah pomade paling terkenal kini di dunia 10

Dengan Gatsby yang dikembangkan ke pasaran antarabangsa, jenama ini menjadi sangat berjaya dalam mengeluarkan produk penggayaan rambut. Pada tahun 2007, gelombang popular dari jenama Gatsby telah bermula dengan pengeluaran produk yang diberi nama “Moving Rubber”.

Kini Gatsby adalah pengeluar produk kecantikan dan rambut bagi lelaki dan wanita yang terkenal di seluruh dunia. Hasil jualan produk jenama Gatsby merangkumi 59.6% daripada peroehan syarikat pada tahun 2012.

BACA:

Bicara kes Ust Ebit, mahkamah jumpa 436 gambar dalam handphone sekali wanita ini dedah perangai sebenar Ust Ebit Lew

Dikecam netizen kerap ajak isteri menari, sekali Da’i Syed buka mulut sekolahkan balik netizen