Saya seorang ibu tunggal. Selepas bertahun – tahun berkawan dengan orang ini dan itu, saya bertemu dengan seorang lelaki bujang yang tujuh tahun lebih muda.
Dia sangat baik dan penyayang. Ke mana sahaja saya pergi, dia akan ikut; di mana saya bekerja,
Dia akan berusaha juga untuk pindah. Dia menyayangi anak saya seperti anak sendiri.
Cerita tentang kami tidak pernah habis. Jadi, jika mahu menyalahkan saya kerana memilih orang yang lebih muda, memang tidak tepat.
Sebab ketika dia hadir dalam hidup saya, saya bersyukur kepada Allah Taala kerana mengurniakan saya seorang pasangan yang terbaik.
Kami berkahwin tanpa restu daripada keluarganya. Seorang sahabat pernah menasihati,
“Jangan teruskan kerana jika ada apa – apa yang terjadi, kesalahan akan diletakkan di kepala kamu dan keluarga dia akan sentiasa menunggu kamu melakukan kesalahan.”
Saya tidak sangka nasihat itu… betul. Tetapi kami teruskan juga kerana saya dan keluarga saya nampak keikhlasan dia. Kami hidup aman damai. Berg4duh itu biasalah tetapi perg4duhan tidak pernah teruk.
Saya hamil selepas perkahwinan, dan apabila anak saya lahir, keluarganya mula menerima saya.
Namun, maIangnya, selepas berbaik, masih ada sahaja perg4duhan kerana mereka. Mereka berasal daripada keluarga yang suka memaksa. Anak kami sering diminta untuk dijaga oleh mereka.
Sejak bayi, mereka selalu menyuruh kami tinggalkan anak ketika kami datang bertandang.
Bila bertandang ke rumah kami pula, susah pula hendak pulang. Orang yang bekerja tahu betapa penatnya. Waktu cuti adalah masa untuk mengemas dan berehat, bukan?
Pulang ke rumah pun sudah cukup bersyukur. Senang cakap, semua perkara mahu dikawal oleh mereka, hatta keputusan untuk membeli rumah sekalipun. Mereka siap menyuruh saya berhenti kerja.
Suami kadang – kadang terp4ksa menipu apabila kami ada rancangan lain. Pernah sekali, seorang anggota keluarga saya meninggaI dunia. Kami singgah di rumah mereka dahulu, tetapi ditahan sehingga malam baru boleh bergerak. Akibatnya, kami sampai di rumah si m4ti pada pagi buta.
Mengenai duit ringgit, apatah lagi. Mereka selalu mengungkit dan bertanya kepada suami saya, ke mana hilangnya gaji kerana sering tiada duit? Alahai… sekarang dia seorang suami, terp4ksa menanggung anak dan isteri. Saya yang bekerja pun tidak dapat memberikan banyak kepada keluarga saya sendiri kerana keadaan ekonomi sekarang, faham – fahamlah. Mereka adalah golongan senang, sepatutnya tidak memberatkan anak – anak.
Cukuplah cerita tentang keluarganya tetapi ini ada kaitan nanti. Suami perlu berulang alik jauh dari tempat kerja, jadi selepas berbincang, saya izinkan dia membeli motosikal berkuasa tinggi. Walaupun hanya motosikal terpakai, harganya tetap mahal.
Saya membantu meminjam duit daripada bos untuk menambah jumlah membeli motosikal itu demi kemudahan suami. Pada mulanya, semuanya baik – baik sahaja kerana dia berkawan dengan geng “old school,” yang semuanya sudah tua, beristeri, dan mempunyai anak.
Tetapi keadaan berubah apabila dia mula berkawan dengan geng motosikal berkuasa tinggi yang muda, bujang, dan hidup bebas.
Pada bulan puasa yang lepas, suami menjadi baran dan entah apa – apa. Tiba – tiba, apabila berg4duh, dia terus mem4ki hamun dan memukuI saya.
Saya terk3jut sehingga terkedu… sampai hati dia. Perg4duhan berterusan sehingga kami bercerai pada akhir tahun lepas.
Apabila saya memeriksa telefon bimbit dia, pelbagai benda saya jumpa. Jika pasangan anda aktif menggunakan WeChat, Viber, WhatsApp, atau Facebook, berhati – hatilah.
Saya juga mendapati dia berlaku curang secara fizikal, bukan sekadar di alam siber sahaja. Malah, anak kecil saya pernah membuat pergerakan yang pelik sewaktu bermain. Sayu hati mengenangkan sekecil itu telah melihat keIucahan bapanya sendiri bersama pasangannya.
Entah manusia jenis apa yang mahu melakukan perkara tidak senonoh di hadapan budak kecil! Banyak perkara terjadi sehingga tidak cukup ruang untuk menceritakan semua. M4ki hamun dengan kata – kata kesat seperti anjing, b4bi, dan peIacur menjadi perkara biasa daripada dia.
Tetapi yang paling menyedihkan, semasa dalam tempoh berg4duh, saya mendapati saya mengandung. Ketika membuat ujian kehamilan, keputusannya positif.
Saya tidak tahu sama ada mahu senyum atau menangis… terfikir untuk menggugurkan kandungan pun ada, memikirkan hubungan kami sudah di hujung tanduk.
Namun, atas iman yang ada dan nasihat orang terdekat, saya tidak menggugurkannya. Alhamdulillah. Apabila saya memberitahu dia tentang kehamilan, dia diam.
Lama juga sebelum bertanya itu dan ini. Dia kemudian mengira sendiri tarikh dan berkata bahawa ini bukan anak dia!
Alasannya, dia berada di luar kawasan ketika itu. H4ncurnya hati… Dia yang curang, tetapi saya pula dituduh curang.
Memang semasa berg4duh, bekas kekasih saya pernah menghubungi dan menghantar mesej, tetapi teori sains mana pula yang mengatakan sp3rma boleh bergerak melalui talian?
Entah apa cerita yang dia reka, seluruh keluarga dan kawan – kawannya percaya bahawa saya mengandung anak h4ram. Astaghfirullah… hanya Tuhan yang tahu apa perasaan saya dan keluarga saya. Tetapi kami semua reda… doa orang yang terani4ya tiada ada hijab. Allah akan memakbulkan. Tunggu masa sahaja.
Mereka semua patut bersyukur jika dibaIas di dunia kerana masih ada peluang untuk bertaubat. Selepas bercerai, anak pula yang direbut. Tidak habis – habis mahu meny4kitkan hati saya. Entah apa salah saya sampai diperlakukan begini.
Semasa mahu, dirayu – rayu; apabila tidak mahu, dibuang seperti sampah! Segala ini bermula daripada dia, tetapi saya pula yang disiksa. Setiap masa air mata bergenang di mata… Ya Allah, beratnya dugaan. Bawalah aku pergi, Ya Allah. Jika ujian di hadapanku juga sebegini berat, aku tidak akan mampu lagi menggalasnya.
Saya yakin mereka semua akan insaf, tetapi jangan tagih maaf daripada saya. Sampai akhirat, saya tidak akan memaafkan. Saya mengharapkan dia menjaga saya sehingga m4ti kerana itu janji dia ketika mahu mendapatkan saya. Siap berjanji, jika saya m4ti pun dia tidak akan mencari orang lain. Ini belum m4ti, sudah..
Masa berjumpa dialah lelaki paling baik yang pernah saya jumpa. Saya dulu seorang ibu tunggal juga, memang tidak ada hati lagi hendak berkahwin.
Segala hubungan sebelum ini hanya sekadar “touch and go” sahaja. Masa berjumpa dia itu, saya masih ingat hati saya berdebar – debar… ketika itu sedang lepak – lepak makan – makan dengan kawan – kawan.
Dia ini kacak, tinggi. Kalau digroom dengan baik, setanding Aaron Aziz, kot. Serius! Dan memang ramai yang terkejar – kejar dia.
Bekas kekasih dia pun ramai yang merayu – rayu mahu dia semula. Sehinggakan ketika menghadiri kursus kahwin, ada gadis yang cuba mendekati dia!
Tetapi dia memilih saya… dan saya rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan dia. Dia pernah menangis merayu mahukan saya.
Dia datang bertemu dengan ibu bapa saya, menangis dan merayu, mengatakan terlalu sayang kepada saya dan anak saya. Terima kasih, Allah, kerana memberi dia menjadi suami saya.
Selama menjadi suami saya, dia sangat baik. Sentiasa mengutamakan kami. Anak saya pun dia sayang seperti anak sendiri.
Apa – apa yang kami inginkan, dia akan berusaha untuk mendahuIukan keperluan kami. Dia pernah bekerja jauh, lebih 300 kilometer.
Selama hampir dua tahun, dia pulang setiap hujung minggu dengan menaiki bas. Setiap hujung minggu, ok! Panjang cerita jika mahu menceritakan kebaikan dia… Tetapi dia berubah sekelip mata. Sebab itu saya tidak hairan jika ada yang mengatakan dia telah disih1r.
Allah ada… jika betul dia membenci saya kerana dia disih1r, Allah akan temukan saya dengan dia yang dulu di pintu syurga… inshaAllah. Semoga kisah saya boleh menjadi pedoman dan iktibar kepada anda semua. Jangan bersangka baik sangat kerana bukan semua orang baik.
Semua manusia berubah, tetapi berubahlah ke arah yang lebih baik. Hargailah pasangan anda kerana dia adalah anugerah Allah. Jika anda mencari yang lain, belum tentu lebih hebat. Buruk pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri.
Suami itu ketua. Betulkan diri anda dahulu supaya nanti boleh membimbing isteri dan anak – anak. Jangan kecewa jika Allah pisahkan kita dengan pasangan. Mungkin Allah mahu menjauhkan yang buruk daripada kita.
Dunia sementara… tiada pasangan di dunia tidak mengapa. Di sana yang abadi itu patut kita usahakan.
Di syurga, semua akan berpasangan, insyaAllah. Semoga kita semua menjadi ahli syurga. Sekian.
BACA: Percaya bulat-bulat boleh untung dalam 3 hari, warga emas berputih mata RM873,000 lesap