Aku Sally dan suami aku Syahmi. 2 bulan sebelum bergelar suami isteri, Syahmi secara tiba – tiba berterus terang dia telah mengenali seseorang.
Minah, melalui aplikasi dating. 6 tahun kami bercinta secara jarak jauh ini perbuatannya buat aku.
Alasannya lama dia tunggu aku. Jadi dia saja – saja cuba app itu. S4kit d4da aku menangis – nangis perbuatan Syahmi.
Syahmi cakap dia dah putuskan. Cuma dia nak jujur dengan aku sebelum kahwin. Itu sahaja. Dia pujuk aku. Aku ingatkan dia jangan berhubung lagi dengan Minah.
2 bulan seterusnya berbekalkan cinta, kami selamat bergelar suami isteri. Kami bahagia dengan kehidupan perkahwinan kami.
Namun, aku nampak dari mata Syahmi. Cinta kami seperti diganggu. Mata Syahmi pudar untuk aku. Mukanya gelisah seperti putus cinta.
Aku berdoa kepada Tuhan menangis – nangis minta Tuhan kembalikan cinta suami aku buat aku sepenuhnya. Aku mula ingin tahu siapakah perempuan itu. Hanya Minah namanya yang aku tahu. Terhad untuk aku siasat.
Handphone Syahmi berkunci. Aku hanya boleh tengok bila dia bukakan. Aku beritahu Syahmi suami isteri tak sepatutnya ada rahsia. Syahmi baIas percaya dia. Dia bukannya sejenis mudah curang. Curang dia hanya sebelum kahwin. Bertegas kenyataannya. Serba salah pulak aku asyik menuduh suami curang.
Hingga suatu hari 5 bulan perkahwinan, aku terpandang di skrin nama penuh Minah. S4kit d4da aku kembali lagi. Rupa – rupanya suami aku masih berhubung dengan Minah. Marah aku. Tapi air mata hilang. Syahmi cakap mereka berhubung kerana hal bisnes.
Aku minta Syahmi jangan guna alasan bisnes untuk terus berhubung. Syahmi marah aku kerana terlalu cemburu. Akhirnya malam itu berakhir dengan Syahmi marah aku. Dan aku pula yang mula ingin menyiasat gerangan Minah berbekalkan nama penuhnya itu.
Aku google. Aku cari di sosiaI media. Aku jumpa siapa Minah. Cantik dan muda daripada aku. Berpenampilan muslimah s3ksi. Macam mana? Bertudung tapi singkat menyingkap d4da. Berpakaian seperti pinjam baju adik. Mungkin ini yang menjentik kelakian suami aku.
Bermulalah aku stalk Minah dengan fake account. Postingnya kebanyakan merintih putus cinta. Aku tersenyum bangga suami aku memilih cinta kami berbanding dia yang hanya 6 bulan kenal. Esoknya aku pujuk Syahmi. Aku mohon maaf cemburu bukan – bukan.
Aku anggap kemarahan Syahmi mungkin kerana aku masih meragui kepercayaan dia. Jadi, aku mengalah dengan Syahmi. Kami teruskan kehidupan seperti biasa sehingga 9 bulan perkahwinan, aku terpandang password telefon Syahmi. Aku hafal.
Syahmi tidur senyap – senyap aku buka. Seorang lelaki teks dengan ungkapan sayangkan suami aku. Puji suami aku. Aku ambil nombor tu. Aku siasat. Allah. Terk3jut aku. Luluh. Rupanya Minah! Modus operandi Syahmi sama macam drama dengan save nama Minah sebagai nama lelaki iaitu tagging rakan kerja. Aku geram. Kali ni aku takkan diam.
Aku teks Minah. Aku send gambar – gambar posing melintuk riuk mend4da dia dengan kata – kata tulisan cercaan. Lagaknya seperti Along conteng rumah. Minah respon. Bersahaja dia jawab. Tapi telefon aku tak berhenti dia call. Aku tak jawab. D
engan Syahmi aku tahan kemarahan. Dia mesti tahu melalui Minah yang akan hubungi dia. Esoknya, aku malas untuk balik kerja awal. Serabut. Aku bawa seluar nak jogging lepas kerja. Tapi sayang petang itu hujan. Jadi aku terp4ksa balik awal berdepan dengan Syahmi.
Syahmi bukakan pintu rumah tersengih – sengih. Tapi tak berapa pandang aku bila bercakap. Muka Syahmi seperti cuak dah kantoi tapi terp4ksa buat cool. Aku jeling. Jelingan paling t4jam buat Syahmi. Syahmi tidur. Senyap – senyap aku ambil phone Syahmi.
Aku teks lagi Minah. Kali ni aku hantar gambar Minah tak bertudung dan s3ksi. Aku ugvt Minah gambar ni nak aku viralkan ke mana. Ayah dia ke. Ibu ibu dia ke atau siakap keli? Ya ibu – ibu. Ayahnya kahwin ramai. Dia anak isteri bernombor. Bercita – cita mew4risi peny0ndol. Umpan mengena. Minah tr1gger. Lagak bersahaja dah jadi hangin.
Terus handphone Syahmi berdering. Syahmi terjaga. Aku angkat. Aku bentak Minah. Suami aku terkulat – kulat. Direbutnya telefon itu dan dim4tikan panggiIan. Maka bermulalah kemarahan aku. Syahmi bukan lagi Syahmi. Bagaikan musvh.
Aku tanya, Syahmi pujuk. Syahmi tak jawab persoalan aku. Air mata berlinangan. Nafas aku turun naik. Tangan aku mula naik. Kesabaran aku hilang. Aku t4mpar Syahmi berkali – kali. Aku tunjal – tunjal kepala Syahmi. ‘Jujur jawab soalan aku Syahmi!’ Beraku kau. Berkasar aku dengan Syahmi.
‘Sayang jangan macam ni sayang..’ ‘Dah la tu sayang..’ Syahmi cuba merangkul aku. Aku tolak. Geram sebelum ini aku dituduh kuat cemburu. Kali ni terbongkar semua. Aku bertanya kenapa dia sanggup tipu aku. Berapa kali aku nak menangis sebab ini? Dia nak kahwin ke dengan perempuan itu?
Kali ni Syahmi jawab dia tak berniat. Habis buat apa teks. Sharing picture. Apa yang ada di perempuan itu aku ada. Nafsu dia aku boleh layan sampai dia penat! Aku isteri yang halal kenapa cari kasih sayang yang h4ram. Buat apa dia solat tunggang terbalik. Lebih baik dia langgan GR0.
Senyap Syahmi mendengar kata – kata herdikan aku. Dirangkulnya aku. Menangis aku tersedu – sedan dalam peIukan Syahmi. Keluarlah kata – kata mahal pertama kali dalam hubungan kami selama ini, ‘Sayang.. abang mintak ampun.. abang mintak maaf..’
Aku beri kata dua buat Syahmi. Sama ada password telefon itu aku tahu atau semua gambar kejalangan Minah aku viralkan! Syahmi akur. Akhirnya, malam itu aku diberitahu password telefon walhal aku sudah tahu dari awal. Aku rahsiakan dari Syahmi aku ternampak password tu.
Syahmi buat video berjanji tak akan ulang semuanya bagi meraih kepercayaan aku kembali. Kami akhiri perg4duhan kami dengan solat maghrib berjemaah. Aku ambil tangan Syahmi. Tunduk bersalaman. Memohon ampun kekasaran aku tadi. Aku peIuk Syahmi. Walau apapun dia suami aku. Monolog aku.
Aku maafkan Syahmi malam itu. Bagi aku masalah kena hadap. Aku dah dapat jawapan dari Syahmi. Syahmi masih sayangkan perkahwinan kami. Jadi, aku tidak mahu menghukvm Syahmi berterusan. Aku perlu lihat kebaikan Syahmi yang lain lagi.
Solat 5 waktu. Menjadi imam solat aku. Dia tidak pernah culas bagi nafkah. Pemurah berbelanja isteri. Bil – bil rumah semua dia bayarkan. Urusan rumah give and take. Aku masak. Kemas rumah. Dia incharge pakaian. Basuh, sidai dan iron baju kerja kami.
Dan yang paling penting Syahmi bersabar dalam emosi aku terpukuI dia. Mahu dia tak sabar lunyai jugak badan kecil aku ini. Aku bersyukur. Aku anggap ini ujian Allah. Rumahtangga mana tak dilanda badai. Buat isteri di luar sana yang berhadapan suami curang, kuatkan hati berkomunikasi dengan pasangan.
Jangan pendam dan jangan lari dari masalah. Berfikir sebaiknya apakah kamu bersedia ditinggalkan atau meninggaIkan mahligai perkahwinan kamu. Kepada para suami, sekiranya telefon kamu berkunci kami tahu akal kamu panjang sampai mana. Lama kelamaan Allah bukakan juga petunjuk buat isteri.
Dan kepada peny0ndol di luar sana bersedialah muka terpampang di sosiaI media dengan caption ‘Lihatlah muka PENYONDOL ini.’ Mahkamah sosiaI kehakiman netizen menanti! – Sally (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Zawiyah Kaderi : Dia insaf ke atau dia tertangkap? Kau jujurlah dengan diri sendiri. Itu masalah pertamamu.. tiada mahu berhadapan dengan dirimu sendiri. You made a big mistake when you marry that man. Your mistake. Yes, you.
Syamilah Rosli : Saud4ra aku sampai pindah balik kampung semata nak maafkan suami curang. Alih – alih balik kampung pun buat hal jugak. Last – last usia masing – masing 50an si isteri dah tak larat nak hadap per4ngai curang bercerai jugak. Bayangkan dari awal kahwin sampai ke tua buat hal! Kalau saya, baik tarik hand brek awal – awal.. Hidup ni nak kena tenang.
Aida Fuyou : Lepas ni akan ada confession sambungan pasal isu yang sama. Awak ingat bila awak dah meng4muk, semuanya back to normal forever? No way!!!!
Percayalah mesti ada lagi episod selepas ini. Dari sebelum kahwin diorang ada hubungan. Mana mungkin semudah awak meng4muk terus putus. Well, awak yang pilih untuk stay dan f1ght sedangkan awak sendiri nampak dah takde cinta untuk awak. Good luck.
BACA: ‘Anakku Sazali’ versi negara India riak baling wang di tengah jalan