Dengar sama tapi berbeza, ini beza dialek siam Kelantan dan Kedah

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai etnik, kebudayaan, dan ragam bahasa.

Di setiap bahagian negara ini, terdapat penutur bahasa atau dialek yang unik.

Walaupun sempadan negeri kadangkala hanya memisahkan, namun perbezaan bahasa di antara mereka sangat ketara.

Salah satu contohnya ialah dialek Siam yang menjadi bahasa komuniti Siam di Malaysia.

Menurut Abdul Barr dalam hantaran Facebooknya, terdapat perbezaan dialek Malaysia-Siam antara dua negeri iaitu Kedah dan Kelantan.

Dengar sama tapi berbeza, ini beza dialek siam Kelantan dan Kedah

Beliau memaparkan satu video TikTok oleh pengguna @swenlim_richmondyeo yang menunjukkan perbezaan struktur ayat yang digunakan oleh penutur Siam dari Kedah dan Kelantan.

Menurut komen-komen di dalam video tersebut, dialek Siam di Kelantan lebih mirip dengan dialek Siam Thailand, terutamanya di kawasan Narathiwat. Sementara itu, dialek Siam di Kedah lebih serupa dengan bahasa Siam yang digunakan di Hatyai.

Perbezaan ini dapat dikenal pasti melalui perbualan harian seperti pertanyaan ‘makan di mana’ dan sebagainya.

Perbezaan antara dialek-dialek ini jelas terdengar melalui bunyi bahasa yang digunakan oleh penutur-penutur tersebut. Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam, anda boleh menonton video TikTok yang disertakan.

Pada tahun 2014, hampir 70,000 warganegara Malaysia adalah berbangsa Siam. Kebanyakan daripada mereka tinggal di negeri-negeri utara

Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan selatan Thailand. Populasi Siam terbesar terdapat di Kedah, dengan kira-kira 42,000 orang, diikuti oleh Kelantan (sekitar 28,000) dan Perlis (sekitar 8,000 orang).

Komuniti Siam di Malaysia menjalani kehidupan seharian yang mirip dengan majoriti rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu.

Selain fasih dalam bahasa Siam dengan dialek masing-masing, mereka juga mahir berbahasa Melayu dan boleh berinteraksi dengan etnik-etnik lain seperti yang lazim dilihat di merata tempat.

BACA:  Gara-gara aplikasi dating, isteri jadi gila bayang dengan suami orang lepas 2 kali jumpa