Dengan hanya guna kad NUTP, boleh dapat diskaun beli barang di Mydin, ini cara apply kad NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengumumkan ahlinya boleh menggunakan Kad Ahli NUTP untuk mendapatkan harga diskaun di Pasaraya Mydin.
Berdasarkan info Facebook Nutp tarikh berkuatkuasa penggunaan Kad ini di Mydin adalah pada 28 Mei 2018 lagi.
Berita ini pasti mengembirakan ahli Nutp yang berada dalam kesatuan guru ini.
Namun begitu bukan semua barang diberikan diskaun, barang yang berasaskan produk makanan tidak termasuk dalam diskaun penggunaan kad ini.
Walaubagaimanapun, diskaun pada barangan lain juga membolehkan para guru menikmati penjimatan.
Bagaimana jika Kad Nutp hilang?
Kepada yang kadnya rosak atau hilang anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang tukar kad yang boleh didapati di laman web www.nutp.org.my
Namun kini anda boleh guna kad versi digital, hanya perlu download aplikasi MyNutp di playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.aimsolutions.nutp
Bagaimana pula jika belum menjadi ahli, dan ingin menjadi ahli Nutp?
Boleh menghubungi Nutp berdekatan atau terus kepada wakil Nutp di sekolah anda. Biasanya di setiap sekolah ada wakil guru yang telah dilantik.
Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda, jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan yang lain.