Pernah tanya dengan diri sendiri sejauh mana anda sanggup berkorban untuk keluarga?
Jika anda diberi ujian dari Tuhan di mana anda berada dalam kesusahan namun anda sangat memerlukan wang untuk menyelamatkan nyawa? Pernah terfikir?
Seperti seorang gadis di Hangzhou, China ini yang sanggup melakukan sesuatu diluar jangkaan demi wang untuk menyelamatkan nyawa ahli keluarganya.
Xu, 19 tahun menarik perhatian ramai kerana dilihat memegang papan tanda di dalam komuter Hangzhou Metro.
Papan tanda itu menjadi tarikan kerana ia menyatakan bahawa gadis itu menawarkan daranya kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar sebanyak 200,000 Yuan (RM126, 000). Malah, beliau turut mempunyai sijil dari hospital yang mengesahkan beliau masih dara.
Xu sebenarnya dalam keadaan yang sangat terdesak dan memerlukan wang untuk membiayai rawatan kanser abangnya.
Papan tanda itu menerangkan bahawa gadis berasal dari wilayah Yunnan ini perlu mengumpulkan dana untuk rawatan leukimea abangnya selepas disahkan menghidap penyakit itu tiga tahun lalu.
Walaupun tulang sum-sum Xu sepadan dengan abangnya, namun beliau (abangnya) pernah mengalami reaksi negatif kepada pemindahan tulang sum-sum. Kini abangnya masih memerlukan rawatan tetapi keluarga mereka tidak berkemampuan untuk menanggung kos yang terlalu tinggi.
Gadis itu bukan sahaja menarik perhatian pengguna komuter tetapi juga pihak polis. Dek kerana itu, pegawai polis tempatan mengiringinya ke balai polis untuk soal jawab.
Ketika di balai polis, Xu menerangkan keadaan abangnya yang sedang dirawat di hospital tempatan di wilayahnya dan dia pula baru sampai ke bandar Hangzhou pada awal bulan untuk mencari dana. Jarak antara Yunnan dan Hangzhou adalah sejauh 1,815 kilometer. Sejauh itu dia sanggup pergi demi membantu abangnya….
Menurut NetEase , wartawan kini sudah mula membuat liputan tentang kisah Xu dan abangnya. Lelaki yang berusia 23 tahun itu kelihatan sangat kurus dan lemah selain badannya dipenuhi tompok hitam. Doktor memberitahu bahawa keadaan pesakitnya itu sudah semakin lemah; kuku tercabut dan beberapa penyakit lain juga sudah mula menyerang.
Selain Xu, lelaki itu turut memberitahu beliau mempunyai dua adik perempuan yang lain.
Insurans tidak dapat menanggung kos perubatan, mungkin dia terdengar saya berkata sebegitu dan membuat keputusan untuk ke Hangzhou.”
“Baru saya tahu betapa ceteknya pemikiran adik saya.” kata lelaki itu kerana tidak menyangkakan bahawa adiknya sanggup berbuat sedemikian.
Beliau juga menerangkan rasa bersalahnya kerana menjadi beban buat keluarga.
“Saya mahu pulang ke rumah supaya adik saya boleh menyambung pengajiannya semula.”
Pihak berkuasa memberitahu kepada Xu apa yang dilakukannya itu adalah satu kesalahan meskipun niatnya murni untuk membantu abangnya.
Saya sedar akan perkara itu, namun saya sudah buntu dan tidak tahu bagaimana lagi cara untuk membantu.”
Well, ada juga hikmahnya kerana kini kisah mereka sudah diketahui ramai, siapa tahu ada rakyat yang baik hati tampil untuk bantu memberi dana. Tapi jangan pula ada yang terfikir untuk buat seperti Xu ini..
Kadang kala, kita tidak mampu berfikir dengan baik apabila kita di dalam satu situasi yang sangat terdesak. Dugaan dihadapi setiap manusia berbeza, namun cara bagaimana mengatasinya perlulah difikir sehabis baik sebelum membuat sesuatu tindakan.