‘Dekat FB bukan main sambut anniversary la, dating la tapi anak dia tinggal je langsung tak jenguk’

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Salam. Aduh… tolong daku… Dah 7 tahun perkara ni tak selesai, penat dah bersabar. Ceritanya begini, sedikit background story.

Kakak aku ni 13 tahun lagi tua daripada aku. Kami 2 beradik je, tapi takdelah rapat sangat sebab perbezaan umur.

Lagipun aku jarang di rumah (sekolah asrama). Baik – baik gitu je lah. Tambah lagi, lepas kakak berkahwin, hubungan kami m4kin renggang walaupun duduk serumah di rumah mak ayah.

Masing – masing sibuk dengan hal masing – masing, kakak aku pun kaki berjalan, lesap memanjang.

Kakak aku ni peramah, baik hati, tabah. Tapi sayang dia ni garang dan lantang orangnya terutamanya kalau dengan keluarga kami.

'Dekat FB bukan main sambut anniversary la, dating la tapi anak dia tinggal je langsung tak jenguk'

Kalau duduk dengan ibu kejap, tak sah kalau tak g4duh. Setahun lepas dia berkahwin, dapatlah anak perempuan.

MaIang tak berbau, masa anak saud4ra aku tu umur 1 tahun, abang ipar meninggaI akibat kemaIangan motor. Sedih… jadi kami pun bertungkus lumus tolong bantu jaga anak saud4ra. Ibu ayah masih berniaga. Kakak aku kerja cikgu sekolah rendah.

Mula – mula tu, ok lah. Tapi lama – lama aku perasan akak aku ni macam terlalu berg4ntung pada orang lain. Kerja rumah, jaga anak semua nak kami buat. Paling terkesan sekali, dia tak boleh langsung tolak ansur dengan kerenah anak.

Anak dia pada aku ok je, takdelah banyak kerenah. Nangis pun kejap – kejap je. Waktu tu aku sambung belajar dekat uni yang dekat dengan rumah. Mak ayah sibuk berniaga kedai makan. Autom4tik memang aku jadi pengasuh la, free of charge… haha.

Kadang – kadang terasa macam aku pulak yang beranak. Kalau takde kelas, aku akan duduk rumah jaga anak. Takde masa nk meronggeng ni. Masa exam finals pun aku yang sibuk jaga anak saud4ra. Kakak aku tau balik kerja terus tidur, bangun makan, ‘buat kerja’ (iaitu scroll fb, ig), then tido balik.

Dia taknak tido dengan anak dia dengan alasan dia penat, migraine, banyak kerja. Bila tegur, alasannya dia mintak tolong sikit pun tak boleh, dulu dia boleh je tolong jaga adik, kenapa aku tak boleh tolong dia? Jadi setiap malam akulah yang tak cukup tido.

Ibu pula kata, ‘biarlah, tolong orang dalam kesusahan.’ Aku sabar lagi. Pastu lama – lama, dia mula dating dengan duda katanya. Selalu keluar rumah lepas kerja, pastu balik lepas tengah malam. Terutama bila dia tau mak ayah aku takde di rumah.

Aku la yang jaga anak dia sepenuh masa dengan pulun study lagi. Aku try tanya kakak aku, dia marah, kata takda aih, menipu ja tu. Katanya dia keluar lepak dengan kawan – kawan la. Tak lama lepas tu putus sebab bini orang tu dapat tau.

Rupanya orang tu laki orang, anak 4. Berg4duh besar masa tu. Tapi per4ngai akak aku tak berubah juga. Ibu pula kata, ‘biarlah, tolong orang dalam kesusahan.’ Aku cuba untuk sabar lagi. Sampai la 2 tahun lepas, dia berkahwin dengan duda anak 2 (orang lain).

Anak – anak tiri kakak aku ni dah besar (sekolah menengah). Ibu ayah diorang ni banyak g4duh sebelum cerai. Jadi anak – anak tiri akak aku ni lain macam sikit. Member0ntaknya.. Ya Allah. Tak boleh ditegur langsung. Kalau aku ajak berborak pun dorang buat tak reti je.

Abang ipar aku pulak layankan je sebab tak nak hilang hak penjagaan. Anak sed4ra aku ni baru masuk pra sekolah. Masa lepas kahwin tu, kakak dengan abang tiri dia terang – terang kata dia benci adik baru. Setiap kali jumpa je mesti kena buIi. Kakak aku pulak buat endah tak endah.

Lepas 5 bulan kahwin, akak aku pun pindah ke rumah suami dia (30 minit dari rumah kami). Sejak tu, payah betul akak aku nak jenguk anak, walaupun waktu anak – anak tiri tinggal dengan ibu kandung diorang. Hari minggu kadang – kadang datang petang, mandikan anak, pastu chow.

Hujung minggu pun kalau kita tak telefon, dia buat tak tau je. Kita telefon, mesej semua tak berjawab. Tak call langsung tanya pasal anak. Ditanya bila nak ambil anak, pelbagai alasan diberi. Paling sedih bila sampai hujung minggu je, anak sed4ra aku cakap kat aku, “yay, jap lagi mak datang nak ambil saya!” Tapi kakak aku tak datang – datang juga..

Dekat media sosiaI, fb bukan main post sambut anniversary la, dating la, keluar makan tempat best – best la… Paling best, dia post kat fb yang anak dialah yang mengajar dia menjadi seorang wanita dan ibu sejati. KAH KAH KAH.

Kadang – kadang kalau tido di rumah kami pun dia buat layan tak layan je dengan anak tu. Duduk menghadap phone je. Kalau suruh dia jaga anak sendiri, dia membent4k. Kalau budak tu buat salah sikit, habis kena marah, cepat naik tangan. Tidur dengan anak pun payah.

Kadang – kadang anak tu sampai merayu nak mak. Kadang – kadang suami dia sendiri pujuk kata ambil lah anak tu, kesian dia. Akak aku boleh kata, ‘malas la nanti dia menangis.’ Lagi parah, kakak aku kata nak anak lagi. Tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu. Aku m4kin hilang sabar.

Tuhan je yang tahu berapa kali aku menangis bila mengenangkan nasib anak sed4ra aku yang sorang ni. Aku bagitau la mak, kesian kat anak ni. Nanti dia dah besar, dah pandai persoalkan kenapa mak dia taknak jaga dia macam mana.

Ibu boleh cakap, biarlah, nanti anak ni rapat dengan kita. Ibu sunyi kalau cucu takde. Aku jadi speechless. Aku terangkan, ye lah, nanti kita semua dah takda macam mana? Budak – budak zaman sekarang rebel lain macam. Mak aku masih tetap dengan pendirian beliau.

Aku cuba untuk sabar tapi memang susah. Kadang – kadang aku rasa terik4t di rumah. Rasa terper4ngkap. Yelah, usia masih muda, belum kahwin, ada degree professional, tapi kena jadi surirumah secara p4ksa. Banyak tawaran kerja yang aku idamkan terp4ksa saya tolak. Ibu pun banyak meletakkan tanggungjawab jaga anak saud4ra pada aku.

Yelah, di usia tua ibu pun kadang – kadang tak kuasa nak layan kerenah anak kecil. Kadang – kadang ibu pun buat sikap acuh tak acuh bila aku ajak berbincang. Kakak aku yang pilih untuk kahwin, beranak, sedap je berjalan sana sini.

Aku yang terp4ksa jadi bidan terjun jadi ibu orang. Hati siapa yang tak s4kit. Lepas tu ada pula makcik – makcik yang sindir kata saya ni pemalas nak jaga anaklah, tak penyayang lah. Siapa yang pemalas sebenarnya? Siapa yang patut nya penyayang?

Hanya kerana saya ni pemalu, tak peramah macam kakak saya, autom4tik aku ni jahat di mata mereka. Semua yang aku buat ada je silapnya. Kadang – kadang rasa nak member0ntak pun ada.. memang tiada jalan penyelesaian ke? Memang takdir aku dijadikan k0rban?

Macam mana nak buat ni? Jujurnya, aku takut ngan kakak aku. Dia jenis susah nak terima teguran, pastu cepat marah, tambah lagi aku ni adik, umur beza jauh pulak tu. Dan aku seorang yang pendiam dan pemalu. Macam mana nak nasihat baik – baik supaya dia tak marah? Patutkah aku biarkan je? Atau aku yang terlebih dram4tik dan negatif?

Komen W4rganet :

Genki : : Assalammu’alaikum dan selamat sejahtera. Spesis istimewa kakak TT ni. Ajar anak saud4ra tu jadi anak yang solehah. Taknak dia ber0ntak bila meningkat remaja, TT n parents berikanlah dia kasih sayang yang cukup.

Andai satu hari dia tanya kenapa ibu dia macam tu, jawab je la dengan jujur bahawa walaupun ibunya tak macam ibu orang lain, dia mesti taat kepada ibunya, hormatkan ibunya. As for TT, awak kena redho la ye. Busuk – busuk pun dia d4rah daging / kaum kerabat awak juga.

Doakan je la keampunan untuknya dan agar dia berubah. Kalau Allah swt nak dia berubah, maka berubahlah dia. Kalau tak berubah juga, itulah ketentuanNya. Terimalah dengan berlapang d4da. Ujian buat dia, ujian buat awak juga. Semoga segala kebaikan TT terhadap anak saud4ra tu diterima Allah.

BACA: Rupanya batu permata pada mahkota queen elizabeth dulu dicuri dari India