“Datang sini cuci mata ke?” – selamba je Baby Shima sound tuan haji ni. Baru-baru ini, penyanyi kontroversi, Baby Shima telah dipuji kerana berpenampilan sopan ketika membuat persembahan di satu majlis sewaktu hari Israk Mikraj.
Pakai baju sopan ketika menyanyi
Menurut penyanyi tersebut, dia berpenampilan sopan dan berhijab kerana menghormati hari kebesaran Islam dan majlis yang dihadirinya.
“Datang page Shima nak cuci mata ke?”
Namun begitu, dia tetap menerima komen-komen buruk termasuklah ada yang mengatakannya dirinya cuba menunggang agama dengan berpenampilan sebegitu.
Bengang dengan tuduhan tersebut, dia telah memuat naik kembali dakwaan ‘tuan haji’ itu serta menyelar apa yang diperkatakan tersebut kerana sangat tidak berasas hanya disebabkan dia kerap berkongsi video bergelek dan berpenampilan seksi.
“Sini tempat maksiat kenapa tuan haji datang?”
Tegur penampilan & aurat
Baby Shima yang sememangnya menjadi perhatian ramai susulan kerap membuat posting mengundang kritikan netizen telah tampil mengenakan hijab sewaktu mengadakan persembahan tempoh hari.
Tindakannya itu telah membuatkan beberapa pihak mendakwa dia sengaja berpenampilan begitu dan menunggang agama.
baca: