Dasar penunggang agama, paderi kantoi guna duit derma untuk bayar yuran gym dan rawatan sedut lemak

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Seorang lelaki telah berjaya menipu ramai orang dengan mengaku dirinya sebagai seorang paderi

Dan doktor yang memiliki klinik serta menjalankan misi bantuan di Lubnan hanya dengan meminta derma melalui emel.

Hasil penipuannya, Pawel Bielecki yang memperkenalkan dirinya sebagai Father Paul,

telah mengumpul sekurang-kurangnya RM2.8 juta yang digunakannya untuk keperluan peribadi.

Bielecki berjaya memperdaya ramai mangsa dengan menggunakan statusnya sebagai paderi selama lapan tahun sebelum akhirnya ditangkap dan didakwa dengan 17 kes penipuan.

Dasar penunggang agama, paderi kantoi guna duit derma untuk bayar yuran gym dan rawatan sedut lemak

“Bielecki telah mengeksploitasi kedudukannya sebagai paderi untuk mendapatkan kepercayaan mangsa dari pelbagai negara dan mengambil duit mereka begitu sahaja,” kata wakil pihak penguasa dari Amerika Syarikat seperti dilaporkan NYPost.

Menurut fakta kes, Bielecki pernah mendakwa bahawa dia ingin membeli ambulans dan berada di Lubnan. Ironinya, lelaki tersebut tidak pernah meninggalkan Amerika Syarikat dari Disember 2019 hingga April 2022.

Dia juga menjalani kehidupan mewah dengan makan di restoran mahal dan menikmati kopi di Manhattan. Selain itu, pihak berkuasa mendapati wang yang diperoleh hasil derma orang ramai melalui organisasi St. Francis in Beirut Inc. telah dipindahkan ke akaun bank peribadi miliknya serta digunakan untuk dua kad kredit.

Antara perbelanjaan yang dibuat termasuk yuran bulanan gym dan prosedur sedut lemak yang bernilai RM65,000.

BACA: ‘Sampai je Malaysia aku minta suami lepaskan aku, ternyata dia telah dihukum di dunia ini lepas doktor maklum keputusan ujian darah’