“Dari kecil aku diduga yatim piatu, ku sangkakan bila kahwin aku akan bahagia tapi suami layan aku macam pengemis, tak pernah merasa sekelumit bahagia”

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Assalamualaikum admin. Terima kasih kerana sudi siarkan luahan hati saya… andai apa yang saya tuliskan membuka 4ib suami saya, moga Allah ampunkn saya.

Allahhu, sebak, sedih, kecewa, putvs asa, hilang arah dan d3rita itu yang saya rasa saat ini.

Ujian Allah buat saya sejak kecil hilang kasih ayah dan ibu, hidup penuh dengan kemiskinan sehingga kini usia saya mececah usia 40-an, tak henti – henti Allah uji saya.

"Dari kecil aku diduga yatim piatu, ku sangkakan bila kahwin aku akan bahagia tapi suami layan aku macam pengemis, tak pernah merasa sekelumit bahagia"

Sayangnya Allah pada saya sehingga usia saya saat ini tak penah saya rasai sekelumit pun bahagia walau sudah 20 tahun hidup di alam perkahwinan.

Sudah punya 4 cahaya mata namun setiap hari tak penah kering air mata dengan sikap suami, anak dan kesusahan hidup yang serba sederhana. Masa saya masih kecil saya sentiasa cakap pada diri sendiri ,”Hari ini aku susah, miskin tiada ibu bapa, aku harap di usia tua ku nanti aku akan bahagia penuh dengan limpahan kasih sayang.

“Saya silap, Allah masih sayang saya. Diuji dengan suami yang berkira dan kedekut selalu meny4kitkan hati saya, boleh dikatakan saya nih tak pernah dianggap sebagai isteri hanya sebagai orang gaji dan peneman tidur. Urusan duit semua dia pegang, duit pencen berpuluh ribu satu sen pun tak dibahagi, tak ada seutas emas walau sepasang anting – anting hadiah untuk saya.

Kalau beli barang dapur bagi duit tapi balance tetap dia ambik, dia beli rumah tapi saya tak boleh ubah apa pun dalam rumah. Pernah saya g4ntung sebiji cermin di ruang tamu, seharian saya kena bebel sebab dia pernah kata rumah tu rumah dia. Hmm..

Mungkin betul sebab saya tak b0leh buat apa pun dekat rumah ni tanpa izin dia. Duit bulanan bagi saya RM 200. Duit tu pun saya bayar untuk wifi. Maklumlah dalam rumah saya ni anak pakai internet kadang – kadang untuk cari informasi sebab rumah kami jauh dari bandar.

Dengan duit RM 200 tu saya bayar bil, sebab dia kata “awak yang nak pakai, awak yang bayar.” Baru-baru ni dia buat loan dapat RM 30k, sampai saat ni satu sen pun tak bagi dekat saya. Dah banyak kali saya mintak bagiIah saya walau RM 1000, saya nak buat belanja.

Dah macam pengemis saya ni, dia buat bodo je sambil cakap “duit tu banyak lagi aku nak pakai, aku nak bukak bisnes tau!” Sambil menitis airmata saya berkata “berkat kalau awak bagi saya walau sedikit anggaplah awak sedekah kat saya sebab saya pun tak kerja, kalau nak isi minyak keta pun mintak duit dengan awak.

Saya ni satu lipstik pun tak ada, bedak ke, minyak wangi ke? Syampu rambut pun pakai sabun basuh!” Nak jugak berbelanja barang makeup seperti wanita lain, beli produk ke. Kain baju ke, tudung ke sehelai. Sepanjang hidup saya asyik mengemis mintak baju dengan adik, sebab adik alhamdulillah seorang wanita yang berjaya dalam perniagaan.

Adik la banyak membantu dari segi kewangan sebab dia tahu suami saya jenis berkira dengan saya. Jawapan suami saya, “Ok, aku bagi ko RM 1000 nak tengok, berkat bagi kat bini yang ko cakap!” Pernah tak sahabat yang baca luahan saya ni terfikir, “Hidup saya penuh d3rita dan airmata kenapa saya tak bunvh diri??!!”

Anak – anak pun sudah dewasa dah bekerja nak hulur dekat mak RM 50 pun tak pernah. Mungkin ikut per4ngai ayahnya jadi untuk apa hidup saya di akhir usia nih Hanya menghabiskan sisa – sisa hidup dengan penuh d3rita, tangisan dan airmata?

Saya bangun di pertiga malam memohon pada Allah. “Allah bantu h4mbamu ini, aku letih aku tidak inginkn perkahwinan seperti ini lagi Allah.. .tiada kasih sayang dan cinta antara suami. Berikanlah jalan penyelesaian untukku!”.

Andai kau ambik nyawa ku, beri ku sedikit rasa bahagia di akhir usia ku!” Sayangnya Allah sehingga setiap saat aku diuji dengan suami dan anak, diuji dengan tangisan dan d3rita. Saya dah biasa menangis sendiri, s4kit saya pegi klinik sendiri.

Saya dah biasa, semua masalah saya t3mpuh seorang diri. Saya tahu Allah sayang saya, Allah uji saya dengan suami yang tak menyayangi saya. Berapa kali dia curang saya masih bertahan, beribu kali dia Iukakan hati saya, saya masih bertahan.

Kalau dulu setiap kali saya menangis depan arw4h abah, dia akan lap airmata saya, kini biar sampai basah baju saya dengan titisan airmata saya, suami cuma buat bod0h je. Saya rindu arw4h abah, sayang abah pada saya ibarat menatang minyak yang penuh tak pernah sekali pun dia biar airmata saya jatuh ke bumi.

Abah, sahabat, doakan saya kuat meniti usia saya. Kuat dengan ujian Allah buat saya. Semoga saya tidak sesat dengan hasutan sy4itan, agar saya ” bunvh diri” Allahhhuuuu! Saya tak kuat!!!!!!!!

Komen Warganet :

Nur Syaa : Percaya lah tak ada keberkatan hidup suami yang tidak pernah bahagiakan isterinya, satu masa nanti dia akan terduduk dengan perbuatan dia pada isteri. Sis mampu berdoa dan jangan putvs asa berdoa, lambat laun Allah akan kabulkan jua. Bunvh diri bukan jalan terbaik, berpisahlah walaupun p3rit untuk tinggalkan, Tak ada guna kita biarkan hidup kita sendiri h4ncur, carilah kebahagiaan sendiri.

Amiera Suha : Assalamualaikum puan, saya cukup sedih dengar, luahan hati dari seorang isteri dan ibu, sesungguhnya puan seorang yang kuat. Nasihat saya, buatlah sesuatu yang boleh membahagiakan dan menceriakan hidup puan, cukuplah meratapi menangisi hentikan sekarang bukan sekadar berserah, doa memang berdoa, tapi andai puan sendiri tak mahu untuk berusaha merubah kehidupan sendiri tak ke mana perginya.

Jadi tak perlu men4gih, mengharapkan, mengemis kasih sayang dari suami dan anak, biarlah mereka dengan cara kehidupan mereka. Minta bantuan adik puan cari kerja, sibukkan diri cari aktiviti yang puan suka, anak dah besar.

Tahulah mereka jaga diri sendiri dan sekarang masa untuk puan cari kebahagiaan dan kegembiraan hidup puan yg telah lama hilang. Doa saya moga dipermudahkan urusan puan, ingat hanya puan yang boleh mengubah kehidupan sendiri.

Norhasyimah Daliyana : Allahuakbar, sedih baca luahan sis. Dari kaca mata seorang isteri saya tak paham bagaimana sis boleh bertahan diperlakukan sampai macam tu sekali. Sekarang apa yang boleh buat, semoga sis dekatkan diri pada Allah.

Redha dengan perjalanan hidup ini dan banyak berserah kepada Allah. Semoga sis lebih tenang dan ingatlah Allah tahu semuanya. Tak bahagia di dunia mungkin di sana sis akan bahagia kerana hidup di sana yang kekal lagi abadi. Dunia hanya pinjaman. InshaaAllah, teruskan hidup dengan lebih tenang sis, butakan mata, pekakkan telinga.

Nur Hidayah Azizan : Bangkitlah cari kerja cleaner atau apa – apa yang sesuai dengan umur awak. Suatu hari nanti bila kifarah atau zirafah dah menimpa suami dan anak – anak awak, mereka akan merangkak cari awak balik. Sebab tu kita sebagai mak sebagai isteri kena ada kehidupan lain supaya kita takkan hilang identiti diri kita dengan menganggap kita h4mba semata – mata berkhidmat untuk suami dan anak – anak sahaja.

Bila kita dah tua, anak – anak pun dah besar kita akan jadi macam sarang kosong yang tak terisi. Sebab kita dah berharap dari awal tak apalah nanti anak – anak dah tua aku aku akan bahagia. Nanti anak – anak dah besar, suami akan berubah jadi baik. Berhentilah berharap begini dan bertindaklah. SayangiIah diri anda sendiri wahai kaum ibu

Amirah Nabihah : Kesiannya. Faham perasaan tu. Mesti s4kit sangatkan. Apa kata puan mintak tolong adik yang ada kerjaya tu untuk bagi puan peluang kerja? Supaya puan ada pendapatan puan sendiri lepas tu tinggalkan je suami dan anak – anak puan tu.

Mulakan hidup baru. Ingat, pengasas KFC berjaya bukan pada usia muda. Maknanya selagi kita bernyawa selagi kita ada kudrat kalau kita usaha kita akan berjaya. InsyaAllah, puan wanita yang hebat pasti akan ada kemanisan di setiap kepahitan yang puan lalui ni.

Saya doakan semoga puan akan temui kebahagian dan kesenangan puan. Bangkitlah jadi wanita yang kuat seperti mana kuatnya puan mengahadapi dugaan yang Allah beri dekat puan.

BACA: “Aku dah pergi berubat dengan ramai perawat islam, yang peliknya tiap kali pergi berubat, kak ipar sibuk tanya nombor ustaz yang rawat aku!”