“Dari kecik dah masak untuk keluarga” – abang kacak cerita sebab suka ke dapur. Dalam grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, setiap perkongsian Mohd Shafiq ini pasti mendapat respons yang tinggi daripada ahli grupnya. Lagi-lagi perkongsian video masakan yang tersengih, tersenyum sepanjang durasi rak4man memasak.
Ramai yang terhibur dengan gelagat anak muda ini. Iya, bukan mudah untuk memasak, sambil tersenyum memanjang gitu. Sedangkan, ada waktunya kita yang mak-mak ini pun ada em0si turun naiknya.
Tertarik dengan perkongsian Mohd Shafiq. Rupanya, si sebalik gaya santainya yang gemar berkongsi video masakan itu,
Mohd Shafiq atau nama sebenarnya, Mohd Shafiq Bin Zulkarnain merupakan Peg4wai F0rensik DNA.
Haa.. bukan cal4ng-cal4ng kerjaya ya. Tugasannya itu memerlukan dia perlu mengan4lisis DNA profiling.
Namun, siapa yang mendorong anak muda ini sehingga begitu handal dalam dunia masakan ini. Macam-macam jenis masakan dah dikongsi, termasuklah tip-tip berguna yang boleh diikuti baik di instagram miliknya.
Arwh Ayah S4kit, Mak Perlu Bekerja
Ibu yang banyak memberi gal4kan pada anak lelakinya memasak di dapur.
“Saya meminati masak memasak apa jua menu. Minat memasak itu datang sejak kecil lagi. Time tu, arwh ayah s4kit. Emak perlu bekerja.
“Mak dah ajar saya. Masak sikit, sebab bulan puasa.
Mak dah sediakan bahan-bahan, saya cuma memasak je.”
Dan, akuinya masakan pertama yang pernah dimasak olehnya adalah kari ayam.
“Saya ingat lagi. Mak puji masakan saya lepas mak balik kerja jam 12 malam untuk makan. Sejak itu saya belajar.” Malah, bila tiba hari raya, Mohd Shafiq juga menyediakan juadah kuih raya untuk mereka sekeluarga. Dan rutin sebegitu diteruskan sehinggalah ke hari ini.
Bagus ibunya, Noraiti Bu4ng kerana mendidik anak lelaki pandai buat kerja rumah sejak dari kecil lagi. Mohd Shafiq ini anak kedua daripada enam beradik.
Akui Shafiq, ibunya selalu memberi gal4kan untuknya. Lagi-lagi dia sedar yang ibunya bekerja. Suka atau tid4k, kenalah dia memasak sendiri di rumah. Dalam masa yang sama menjaga adik-adiknya.
“Bila dah duduk rumah, mak tak ada.. lagilah macam-macam cuba dengan apa saja benda barang ada kat rumah tu.” kongsinya mengimbas memori zaman kanak-kanak.
Saya Rel4 Habiskan Masa Dengan Memasak
Tuntutan kerjaya, memungkinkan dia perlu tinggal berjauhan daripada keluarga. Namun, tidak memadamkan minat memasak dalam dirinya.
“Kadang-kadang lepas balik kerja pun saya memasak. Saya masak untuk buat content media sosi4l saya dan juga review daripada orang ramai.”
Katanya lagi, “Saya strss saya suka masak. Saya rel4 habiskan masa dengan memasak. Lagi-lagi PKP macam ni. Ada je nak buat.
“Bila saya strss atau b0san, saya akan memasak.” Baginya kemahiran memasaknya itu diperoleh daripada ibunya dan usaha sendiri. Malah, dia juga tak pernah masuk mana-mana kelas masakan.
“Biasanya saya akan study sendiri dan ubah suai ikut keperluan saya. Cuba jadi kreatif dengan gunakan bahan apa yang ada dekat rumah. Asal boleh je. Tu cara saya.”
P4ntang Nampak Kamera, Mesti Nak Senyum
Mohd Shafiq bersama adiknya.
Selain gambar candid, hampir kesemua gambar-gambar Mohd Shafiq dalam keadaan tersenyum.
“Tak penat ke senyum memanjang.” Antara komentar yang pernah diterimanya di media sosi4l.
“Saya suka selfie. Pant4ng nampak kamera, saya mesti nak senyum. Termasuklah video. Then kenyit-kenyit.” Haa.. jelas kan. Bukan dibuat-buat iya.
Itu memang sifat semula jadi anak muda usia 20-an dan masih buj4ng ini.
BACA:
‘Terpaling ikut tema’ – Selamba je pensyarah ni sauk karpet datang majlis
Kenderaan usia lebih 10 tahun bakal dilupuskan: Anda setuju?