“Dekat bau taik, jauh bau bunga”Itu perumpamaan yang dapat dikaitkan antara ibu mertua dan juga menantu.
Kerap kali kisah ibu mertua yang jahat dan kejam dipertontonkan kepada orang ramai namun sangat sedikit kisah ibu mertua yang baik ditemui.
Ini makin memburukkan keadaan apabila individu yang ingin berkahwin akan rasa kurang berkeyakinan dalam menghadapi ibu mertua yang di dalam fikirannya seorang yang kejam.
Hai min, minta tolong profile aku, nanti jadi kontroversi plak sebab ada je saud4ra mara yang follow page ni.
Terima kasih ye. Hai semua. Hari ni aku nak kongsi sedikit cerita tentang keluarga kecil aku dan mak mentua.
Aku berusia 26 tahun, suami aku pulak 29 tahun. Usia perkahwinan kami bakal masuk tahun ke-3 tahun ni. Aku seorang suri rumah dan kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, yang sulung berumur 2 tahun (birthday girls hari ni) dan yang lagi sorang baru berusia 3 bulan lebih.
Mak mentua aku pula berumur 57 tahun, seorang janda yang telah diceraikan 2 tahun lepas dan tidak bekerja. Mak mentua tinggal dengan suami aku dari suami aku bujang lagi sampai sekarang dah ade anak 2. Hubungan aku dengan mak mentua masa awal perkahwinan ok je, tapi m4kin lama m4kin suram.
Biasalah pasang surut duduk satu bumbung dengan mak mentua ni. Kadang- kadang depan baik belakang paham – paham je la. Orang kata dekat bau t4ik, jauh bau wangi. Ok, ceritanye macam ni, dari awal perkahwinan kami, aku selalu perasan duit dalam purse, handbeg, wallet laki aku selalu hilang.
Aku pernah mengadu dekat suami pasal benda ni, dia cakap dari bujang dia duduk sini memang selalu je duit dia hilang tapi dia ni jenis tak nak cakap. Bila aku tanya baru dia cakap. Masa mula-mula hilang tu, aku ade tanye mak mentua jugak pasal duit dalam rumah kerap hilang, mak mentua kata duit dia pun jugak selalu hilang, tapi dia pun tak pernah jugak cakap dengan kami yang duit dia hilang.
Masing-masing diam je sama sendiri. Masa tu bulan puasa, adik aku tumpang tidur di rumah aku selama 2 malam, sebab nak habiskan cuti dan nak jenguk anak buah katanye. Hari dia nak pulang ke kl, aku hantar dia ke stesen bas, lepas je dia naik bus, dia wassap aku duit dia hilang RM20.
Aku jadi serba salah pulak, yelah dah la datang rumah aku, lepas tu duit hilang, takpelah mungkin takde rezeki dia. RM20 mungkin kecik la bagi orang lain, tapi bagi kami, bagi adik aku yang hanya student tu besar tau nilai dia.
Kemudian, lepas dah dapat gaji, kami keluar la beli barang dapur, barang anak- anak, apa-apa je la barang dalam rumah yang dah habis. Sebelum tidur aku memang akan cek dan yakin dalam purse aku ade RM400 lebih, sebab banyak kali aku kira.
Pagi tu memang aku tak cek pun sebab sibuk nak membasuh mengemas rumah. Kemas barang-barang yang baru beli semua tu, memang sibuk dan tak cek pun purse. Yelah buat apa saje – saje nak cek purse kan. Petang tu suami ajak tukar tayar kereta lagi, aku pun ceklah purse sebelum keluar, tengok-tengok tinggal RM300.
Aku dah mula tak sedap hati, ada toyol ke. Takkan la dalam rumah ni ada pencuri sebab semua duit kami hilang. Masa keluar dengan suami berdua tu, suami cakap duit dia pun hilang jugak RM20 dalam wallet. Aduhai m4kin lama, m4kin banyak pulak duit hilang.
Ok takpe, dalam diam aku rancang sorang-sorang untuk tangkap siapalah pencuri duit ni, dalam fikiran aku ade 2 orang antara suami sendiri atau mak mentua. Aku ambil camera yang patutnya letak dalam kereta, aku pasang camera tu dalam bilik.
Waktu pertama kali pasang, masa tu aku keluar dengan suami nak tukar tayar tu, tengok-tengok mak mentua yang masok bilik aku, dia goncang – goncang tabung bilik aku, dia bukak laci anak-anak aku. Ok takde duit yang hilang.
Aku tunjuk video tu dekat suami, suami kata sangka baik je mungkin dia cari ketip kuku sebab memang waktu tu kami duk cari ketip kuku hilang. Masa kami balik pun mak mentua ade bagitau dah jumpe ketip kuku. Ok takpe aku cuba untuk husnuzon.
Kemudian kali ke-2 aku dapat tangkap mak mentua aku geledah handbeg aku dan bilik kami waktu kami keluar, dia goncang tabung, bukak tabung, yang ade dalam handbeg aku tu duit simpanan belanja anak aku yang sulong.
Yang anak no-2 aku letak dekat tempat lain. Aku tak sempat lagi nak masukkan dalam bank. Dalam video tu memang nampak jelas memang mak mentua geledah bilik kami. Aku rasa nak marah sangat-sangat. Bila depan kami, kami nak keluar je, mesti dia yang sibuk – sibuk kononnya suruh kunci pintu bilik.
Tapi belakang kami dia berani masok bilik kami bukak handbeg aku. Aku sendiri pon segan nak masok bilikk dia apetah lagi nak geledah handbeg dia. Aku tak tau mana silapnye kami ni. Nak cakap tak bagi duit dekat dia, kami ada bagi duit tapi takdelah banyak sangat dan bukanlah setiap bulan.
Selalunya bila suami dapat bonus, dia akan bagi duit, bukan sikit, kadang- – kadang 200, kalau dapat lebih bagi 300. Lagipun kami dah sediakan barang rumah, barang untuk masak, untuk makan, duit bil semua kami yang selesaikan.
Belikan baju, seluar yang dalam – dalam pun kami pastikan mak mentua ada semua cukup. Duit topup pun suami aku belikan setiap bulan. Ye, kami tak mampu nak bagi duit dekat tangan tapi kami lengkapkan yang lain.
Duit yang kami pinjam dengan dia dulu pon dah dipulangkan. Dari semalam fikiran aku terganggu pasal video mak mentua geledah handbeg aku, aku tak sangka, tergamak mak mentua, tergamak dia mencuri. Bukan duit aku tapi duit anak dia sendiri.
Sebab dalam rumah kami hanya suami sahaja yang bekerja. Aku dan suami telah berbincang untuk pasang mangga setiap bilik dengan alasan risau kalau tinggal rumah lama bilik tak berkunci sebab tak nak mak mentua perasan pasal hal ni.
Aku tak sanggup nak berdepan dengan mak mentua, terus terang yang kami dah tahu. Aku tak nak dia malu dan nanti m4kin rosak hubungan kami. Aku nak tanya betul ke tindakan kami pasang mangga ni atau perlu ke suami tegur per4ngai mak mentua? Terima kasih atas segala komen.. terima kasih admin.
Baca juga: Mertua jadi punca penceraian, bapa sambut kepulangan anak perempuan dengan majlis kenduri