Saya seorang yang sangat seksi, boleh berbikini. Di Instagram rasanya orang tahu siapa Arviena. Tapi sekarang, alhamdulillah.”
Demikian kata model dan pempengaruh atau Instafamous Arviena Faira Nadhisha, 35, yang pernah tular gara-gara penampilan seksi di Instagram yang kini tampil berhijab.
Arviera berkata, dia yang mulai bertudung sejak Ramadan lalu masih dalam proses belajar untuk menjadi Muslimah sejati.
“Alhamdulillah sekarang saya sudah pun berhijab. Perjalanan hijrah saya, pada awalnya diminta pengasas Tudung Jennaira,
Datin Seri Azlina Hanim untuk melakukan ulasan tudungnya di media sosial. Lalu saya pun pakai pada Ramadan lalu, mungkin Allah mahu berikan hidayah pada saya.
“Saya bukan berhijab kerana menjadi duta tudung Jennaira. Malah saya pun turut mengenakan tudung-tudung jenama lain juga. Cuma apabila mula mengenakan tudung ini, rasa macam Tuhan bukakan hati untuk berhijab terus, alhamdulillah,” katanya.
Dari bertali halus, kini sudah berhijab
Menurut Arviena penghijrahan dibuat itu memberikan reaksi pesimis terhadap penampilannya.
“Saya juga tidak suka untuk melayan negativiti. Ada juga yang berikan komen di Instagram misalnya ‘bertudung tapi baju masih ketat. Saya sebenarnya masih lagi belajar.
“Nak istiqamah itu tak senang saya beritahu pada mereka. Biarlah perlahan-lahan, dimulakan dengan berhijab kemudian saya cuba untuk kenakan persalinan yang bersesuaian.
Sedikit demi sedikit, ia proses,” katanya ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena baru-baru ini.