Dapat perkhabaran suaminya dan Ira Kazar dah bertunang, ini respon padu Puteri Sarah. Spekulasi yang melibatkan pengarah filem Syamsul Yusof dan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira bakal berkahwin dalam masa terdekat masih jadi tanda tanya.
Terbaru, pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan satu kiriman mesej yang diterima menerusi direct message (DM) pada Selasa.
Dalam tangkapan skrin (screenshot) itu mendakwa Syamsul dan Ira sudah bertunang namun tidak didedahkan bila.
Syamsul dan Ira Kazar sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!
Terima kasih DM saya. Kalau betul, alhamdulillah,’ demikian respon aktres berumur 37 tahun selepas mendapat khabar angin itu.
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberi peringatan agar tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.
Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak.
Sebelum ini, media melaporkan Syamsul dan Ira didakwa bakal berkahwin malah pelakon lelaki itu juga sudah bertemu dengan bapa mentuanya untuk berbincang hal pernikahan mereka.
Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
BACA:
Kereta Bugatti bernilai RM10 Juta milik Cristiano Ronaldo kemalangan
Safee Sali jadi pemain golf pula, pukul sekali terus menang Mazda CX5