Memiliki majikan yang baik dan tempat kerja yang menyokong adalah satu kebahagiaan, apatah lagi apabila mendapat penghargaan dalam bentuk bonus dan hadiah yang sangat menarik daripada syarikat.
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di platform TikTok menarik perhatian ramai
apabila memaparkan sebuah syarikat tempatan yang begitu pemurah dengan memberi hadiah-hadiah mewah kepada pekerjanya dalam satu majlis makan malam yang meriah.
Antara hadiah yang diberikan adalah beberapa buah rumah banglo dan ‘double storey’ yang bernilai hampir jutaan ringgit, sebuah kereta Myvi, serta tajaan umrah.
Hadiah-hadiah ini merupakan penghargaan kepada pekerja yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2024.
Lebih menarik, jumlah keseluruhan hadiah ini tidak termasuk bonus tahunan yang diterima setiap pekerja. Jika dikira bersama bonus tersebut, jumlah keseluruhan hadiah mencecah lebih RM10 juta, suatu jumlah yang cukup besar untuk memberi penghargaan kepada pekerja yang telah memberi komitmen tinggi.
“Majlis makan malam paling HAVOC sepanjang 4 tahun di JRM! Alhamdulillah, segala penat lelah tahun 2024 telah dibalas dengan ganjaran yang hebat,” kata seorang wanita yang berkongsi video tersebut.
Video ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, kerana tidak ramai syarikat di luar sana yang begitu murah hati dalam memberikan hadiah-hadiah mewah kepada pekerja mereka. Pemberian seperti rumah dan kereta sebagai hadiah untuk pekerja merupakan sesuatu yang jarang dilihat.
Dengan pelbagai hadiah mewah yang ditawarkan, tidak menghairankan apabila ramai yang ingin berkhidmat di syarikat Jamu Ratu Malaya, milik ibu kepada Aliff Syukri.
Ramai yang berkata, walaupun mereka telah bekerja di tempat lain lama, mereka masih belum menemui majikan yang sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit bagi menghargai jasa dan kerja keras pekerja mereka sepanjang tahun.
BACA: Fitnah mudarat kecil, elak PRK mudarat besar? Pas tetap akan bantu Dr Mastura
오랜 경험과 축적된 데이터, 토토랭커의 먹튀검증은 정확합니다.