Dakwaan sengaja bakar sebab nak insurans, ini respon bos Jakel. Gedung tekstil, Jakel cawangan di Shah Alam adalah kedua termaju selepas Jakel Mall di Kuala Lumpur berbanding tempat lain sekali gus dakwaan kebakaran wismanya di sini sebagai tindakan untuk membuat tuntutan insurans disifatkan tidak masuk akal. Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, berkata, dakwaan tular dalam media sosial mengatakan kebakaran yang berlaku itu disengajakan.
Susulan tragedi kebakaran gedung tekstil Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Ahad, ada pihak mendakwa bahawa kejadian itu dirancang oleh pihak tertentu bagi mendapatkan tuntutan tinggi daripada insurans.
Spekulasi itu hangat diperkatakan di laman media dengan hujahan warganet berhubung situasi tersebut yang dilihat merupakan rancangan pihak pengurusan selepas mengalami kerugian beberapa tahun kebelakangan ini.
Beberapa hantaran di laman media mendakwa bahawa kebakaran itu disengajakan bagi mendapatkan ganti rugi serta tuntutan daripada pihak insurans dengan lokasi dan gedung yang lebih moden selepas ini.
Namun, memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan tersebut.
“Biarpun laporan polis belum diterima berkaitan perkara tersebut, saya ingatkan kepada masyarakat jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati pihak terlibat.
“Jangan bergembira atas kesedihan orang lain, atau membuat sebarang dakwaan yang tidak sahih sedangkan kita tidak tahu punca sebenar,” katanya.
Turut menambah, pihak pemilik boleh menjatuhkan tindakan undang-undang ke atas si pelaku.
“Memang boleh kena tindakan undang-undang, jika laporan bomba sebaliknya, pihak pemilik boleh ambil tindakan sivil atau saman malu.
“Kes masih dalam siasatan pihak bomba dan setakat ini punca kejadian masih belum diketahui, saya mohon kepada masyarakat agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian berkaitan perkara ini,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel menganggarkan kerugian hampir RM100 juta dialami dalam kejadian tersebut namun jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan.
Difahamkan, pihak pengurusan akan berusaha mencari lokasi sementara yang baharu di sekitar Shah Alam secepat mungkin bagi meneruskan perniagaan menjelang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
BACA JUGA :
Dua varian utama dari China dah masuk Malaysia – DG Hisyam
“Maduku adalah adik aku sendiri, tak sangka suami buat kejutan macam ni”
Perbadanan Aset Keretapi buka jawatan kosong, mohon sekarang