Dah tak payah susah-susah buat report di balai, ini cara mudah buat laporan Polis, guna telefon pun boleh
Tak Payah Ke Balai, Ini Cara Nak Buat Laporan Polis Secara “Online”
Malang tidak berbau, begitu nasiblah kehidupan manusia yang tidak dapat lari daripada sebarang insiden yang tidak diingini.
Antaranya kehilangan dokumen penting seperti kad pengenalan diri dan juga lesen memandu. Biasanya, apabila dompet tercicir, semua dokumen penting akan hilang semuanya.
Kadang-kadang, kejadian sebegini berlaku tanpa kita sedar, lalu menjadikan usaha untuk menjejaki dompet yang tercicir bertambah sukar.
Cara buat laporan polis secara online, senang je
Bukan itu sahaja, ketiadaan dokumen-dokumen ini juga membataskan pergerakan kita. Tanpa kad pengenalan, kita tidak boleh ke mana-mana sebenarnya. Tanpa lesen kenderaan, sudah tentu tidak boleh memandu. Tanpa kad bank, lagi bertambah resah memikirkan bagaimana mahu mengeluarkan duit di ATM.
Biarpun wang bukan segala-galanya, namun hampir segala-galanya memerlukan wang, kan?
Kesulitan-kesulitan ini juga adakalanya menyebabkan kita mahu menyelesaikan semua masalah dihadapi dengan segera. Salah satu prosesnya adalah dengan membuat laporan polis.
Namun begitu, untuk hadir ke Balai Polis memerlukan komitmen lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja ataupun tinggal bersendirian.
Tanpa kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank, macam mana nak bergerak, kan?
Mujurlah semua masalah itu sebenarnya boleh diselesaikan menerusi laporan polis secara atas talian je. Menerusi perkongsian pengguna Twitter, Anis Suraya (@anisssurayaaa) berkongsi cara untuk membuat laporan polis secara atas talian (online).
Platform ini boleh membantu orang ramai untuk membuat laporan pada bila-bila, tanpa perlu menjejakkan kaki ke balai polis berdekatan.
Walau bagaimanapun, perkara ini hanya termaktub bagi kes-kes yang bersifat ringan dan tidak berunsurkan jenayah.
Berikut merupakan cara bagaimana untuk menfailkan laporan polis dengan segera secara atas talian (online).
Sebelum membuat laporan polis secara atas talian, pengadu perlu mengenalpasti jenis kes yang dibolehkan untuk dilaporkan secara atas talian.
Antaranya kes-kes yang dibolehkan seperti kehilangan barang penting seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad kredit, telefon pintar, komputer riba dan cukai jalan.
Anda juga boleh memfailkan kes kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen penting disebabkan bencana alam.
Menariknya, anda boleh memfailkan laporan kes pembantu rumah yang melarikan diri untuk tujuan pembatalan permit.
Sekiranya anda berdepan dengan salah satu kes yang dinyataan di atas, anda layak untuk membuat laporan polis secara atas talian.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Korang tahu tak kita boleh buat report polis online?
Tapi just untuk kes hilang document or barang barang yang tak berkait dengan jenayah je.
CARA BUAT REPORT POLIS ONLINE ⬇️ pic.twitter.com/t9YWDQAr0R
— AS (@anisssurayaaa) June 14, 2023
1. Tekan pautan ini: https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx
2. Daftar dan log masuk dalam laman web tersebut.
3. Kemudian, periksa maklumat peribadi anda.
4. Masukkan keterangan berkenaan kejadian terbabit dan tampilkan sekali bersama penjelasan berkaitan dengan kejadian tersebut.
5. Hantar laporan tersebut dan anda boleh mencetaknya dan mendapatkan salinan menerusi e-mel.