‘Dah tak lama dah kita ni’ Lepas UAE, Madinah pula banjir besar

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Banjir dan hujan lebat melanda beberapa bahagian Arab Saudi, menyebabkan penutupan jalan raya dan sekolah, lapor The Arab News.

Dilaporkan bahawa hujan lebat yang bermula sejak Isnin di wilayah Al-Ula dan Madinah

Menyebabkan kawasan tertentu ditenggelamkan, dengan kenderaan turut dihanyutkan oleh arus deras.

Rakaman yang dikongsikan di media sosial juga menunjukkan hujan lebat di kawasan sekitar Masjid Nabawi.

Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) telah mengeluarkan amaran perjalanan susulan cuaca buruk sejak beberapa hari lalu.

'Dah tak lama dah kita ni' Lepas UAE, Madinah pula banjir besar

Pada Isnin sebelumnya, NCM mengeluarkan amaran tahap merah bagi wilayah Madinah, meramalkan hujan lebat dan ribut petir, terutamanya di wilayah Al-Ula.

Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi juga menggesa penduduk untuk berhati-hati dan menjauhi laluan yang berisiko.

Bencana ini berlaku selepas banjir kilat melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman sekitar dua minggu yang lalu.

BACA: “Aku benci dengan apa yang aku lalui, aku menyesal pilih suami tiada kualiti, tika ini suami pula terhegeh cari aku”