Musim cuti sekolah kembali lagi, dan bukan sahaja jalan raya yang sesak—stesen Rehat dan Rawat (R&R) turut mengalami keadaan yang sama.
Baru-baru ini, sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh Tokkhai telah tular, memperlihatkan situasi di R&R Tanjung Malim, Perak,
di mana barisan panjang terbentuk untuk menggunakan tandas awam.
Dalam video tersebut, kelihatan barisan pengunjung yang panjang mengelilingi stesen minyak, semuanya menunggu giliran untuk menggunakan tandas.
Pemandangan ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang membandingkan keadaan di R&R tersebut dengan suasana musim perayaan.
Ramai pengguna TikTok meluahkan rasa hairan mengenai kesesakan jalan raya yang luar biasa kali ini, dengan ramai yang membandingkannya dengan suasana balik kampung ketika hari raya.
“Kenapa kali ini teruk sangat? Rasa macam waktu balik kampung raya je,” kata seorang pengguna.
Bagi sesetengah pelancong, mereka lebih rela ‘menahan’ daripada berdepan dengan barisan panjang itu. Selain perlu menunggu lama, ada juga yang mengeluh tentang keadaan tandas yang kotor dan berbau.
“Tunggu lama-lama lepas tu masuk tandas busuk, baik aku tahan je,” tambah seorang lagi pengguna dengan nada kecewa.
Beberapa pengguna lain pula menjelaskan bahawa keadaan ini bukan perkara baru.
“Biasa la, hujung minggu pun penuh, apatah lagi musim cuti sekolah dan cuti umum macam sekarang,” kata mereka.
Menariknya, masalah kesesakan hanya dilaporkan berlaku di tandas wanita, manakala tandas lelaki dilaporkan tidak menghadapi masalah yang sama.
BACA: ‘Manusia hanya merancang..’ Elak fitnah, Nora dedah rujuk semula selepas sebulan cerai