Dah macam aksi lagak ngeri filem Hollywood, gadis ini nekad terjun dari kereta selepas dicabul pemandu e-hailing
Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dicabul dan disamun seorang pemandu kenderaan e-hailing
Yang dinaikinya berhampiran kawasan Air Terjun Sungai Tua, Batu Caves dekat sini, Khamis lalu.
Setiausaha sebuah syarikat berusia 23 tahun itu pada mulanya menaiki kenderaan e-hailing jenis PERODUA Axia itu dari tempat kerjanya di Solaris Hartamas untuk pulang ke rumahnya di Sungai Besi di sini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata ketika dalam perjalanan, suspek membawa wanita itu melalui laluan yang berbeza hingga tiba di kawasan Air Terjun Sungai Tua.
“Apabila tiba di tempat kejadian, suspek memberhentikan kenderaannya dan menarik tangan mangsa sehingga dia jatuh terbaring.
DISYORKAN UNTUK ANDA
“Lelaki itu kemudian menindih badan dan menutup mulut mangsa secara kasar sebelum merampas telefon bimbitnya,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Arifai berkata, suspek seterusnya mengangkat mangsa ke belakang kereta dan memaksanya membuka baju.
“Mangsa meronta-ronta dan berjaya melarikan diri. Dia kemudian meminta bantuan daripada penduduk setempat sebelum dibawa membuat laporan polis.
“Pada 19 Mac (semalam), sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak menahan suspek di perkarangan Balai Polis Selayang ketika hadir untuk memberi keterangan,” katanya.
Katanya lagi, suspek berusia 25 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pagi ini bagi permohonan tahanan reman untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikutSeksyen 392 dan 354 Kanun Keseksaan.
Kenderaan yang digunakan suspek serta telefon bimbit miliknya dirampas dan semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah.
“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati semasa menaiki kenderaan e-hailing agar tidak menjadi mangsa jenayah.
“Ambil maklumat butiran kenderaan yang akan dinaiki sebagai langkah berjaga-jaga dan maklumkan kepada ahli keluarga atau kenalan sebelum memulakan perjalanan,” katanya.
BACA: