‘Dah la miskin, ada hati nak poligami, perempuan tu pun tak tahu malu, konon forward ceramah agama’

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Saya menulis sekali lalu, tanpa baca semula. Jadi, maaf ya sekiranya berterabur. Sekadar luahan, tidak minta pendapat.

Mungkin minta semangat. Saya umur awal 40-an, bekerjaya profesional tapi tak suka dengan kerja saya.

Suami tua beberapa tahun dari saya, kami sudah mendirikan rumahtangga selama 14 tahun.

Selepas sebulan saya berkahwin, ketika saya baru mengandung anak pertama, suami berhenti kerja.

Sejak itu, dia ambil alih perniagaan part time yang saya usahakan kecil – kecilan di rumah.

'Dah la miskin, ada hati nak poligami, perempuan tu pun tak tahu malu, konon forward ceramah agama'

Sebab masa tu dia nampak perniagaan tu macam boleh pergi, dia kata. Padahal itu adalah part time, untuk buat duit ekstra. Dipendekkan cerita, tak ke mana dan akhirnya perniagaan tu lingkup. Selepas lebih kurang 5 tahun dia tak bekerja tu, mak dia mahu beri pinjam duit untuk dia buat modal berniaga.

Tapi dia gunakan duit tu untuk bukak bisnes yang saya mahu. Dia tanya bisnes apa yang saya mahu buka. Dan dia guna duit tu, untuk bukak bisnes yang saya impikan tu sebab saya memang tak suka kerjaya profesional saya.

Kesudahannya? Saya buat 2 kerja pada satu masa yang sama. Kerja hakiki di office dan kerja bisnes tu. Alhamdulillah, 10 tahun berlalu dua – dua masih kekal. Kerja saya dan bisnes saya. Tapi bukan mudah ye. Masa buka bisnes saya 10 tahun lepas tu, saya keluarkan duit belikan dia van, jadi dia gunakan van tu untuk buat bisnes van sekolah.

Jadilah, lepas duit r0kok dia. Dapat dalam RM2000 dari van tu, bayaran masuk ke akaun saya. Saya p0tong sewa rumah RM850 dan selebihnya saya beri pada dia, sebab dia cakap tak cukup untuk cover minyak dan sebagainya.

Perbelanjaan lain, semua saya tanggung. Saya tak rela tapi tiada pilihan. Sepanjang 14 tahun, selepas 3 orang anak, saya menanggung 99% keperluan keluarga. Saya memang selalu str3ss sebab ini bukan kerelaan saya. Suami pula jenis yang kasar.

Pelbagai perkataan dia pernah m4ki saya. Perempuan k4fir pun dia pernah panggil saya. Dengan anak – anak pun dia ringan tangan. Pernah sekali saya buat laporan polis sebab dia pukuI anak berumur 7 tahun, sebab anak makan dulu tanpa tunggu dia.

Macam tu la karakter suami saya. Semua konon nak kena ada adab. Semua dalam rumah ni kena hormat dia. Bagi dia, sebab dia dah keluar bawa van, jadi dia sudah tunaikan tanggungjawab sebagai suami. Dia kata saya kenalah bersyukur sebab dalam islam, suami hanya perlu beri ikut kemampuan sahaja.

Jadi saya kena lah terima setakat mana kemampuan dia. Tak guna saya nak bertekak sebab dia semua betul. Nak dijadikan cerita, baru – baru ini, satu hari dia beritahu, dia jumpa syarik4t grab yang dia boleh sewa kereta bayar mingguan dan dia boleh bawa grab sebagai usaha nak tambah income.

Selama ni memang pernah terfikir nak bawa grab sebagai tambahan income tapi kereta saya tak cukup spec. Sebab kereta dah lama. So happy lah saya bila ada syarik4t yang sewakan kereta macam sewa teksi konsep dia. Sebab jujur, saya letih, keperluan anak – anak sem4kin bertambah sebab anak – anak sem4kin membesar.

Jadi kalau dia betul – betul boleh tambah income, memang saya happy sangat. Dia pun bawa balik la sebuah kereta baru myvi putih. Pada masa yang sama, anak – anak mengadu bila saya sibuk di luar, abah selalu video call dengan sorang perempuan, digelar Teacer Kangkung.

Teacher Kangkung selalu minta nak VC dengan anak – anak saya sekali. Malahan teacher Kangkung juga pernah pergi tengok perIawanan bola anak lelaki saya, masa saya tak dapat nak pergi sebab saya ada kelas (saya sedang sambung study part time).

Saya dengar anak mengadu tapi saya tak buat apa – apa tindakan. Saya diamkan dulu, saya tak nak serkap jarang. Sebab kot la sebenarnya teacher sekolah anak ke. So takpe. Saya diam. Selepas 2 minggu suami dapat kereta baru dari grab tu, saya siasat nombor plat kereta tersebut sebab bila saya tanya nama syarik4t yang sewakan kereta tu, suami banyak berdalih.

Lalu, saya dapatla semua rekod dan ternyata, kereta tu sebenarnya kepunyaan teacher Kangkung. Syarik4t sewa grab semua tu untuk tipu saya sahaja. Saya confront suami, rupanya teacher Kangkung belikan dia kereta sebab nak bantu dia cari extra income.

Saya call teacher Kangkung dan dia mengaku dia bersedia jadi isteri kedua. Baru kenal beberapa bulan tapi sangat serius sampai sanggup belikan suami saya kereta. Saya beritahu dia, suami saya tak mampu untuk poligami.

Dan respon dia dan respon suami saya sama, “sebab tu la nak buat grab ni, nak cari income lebih”. Langsung tak make sense. 14 tahun saya mengeluh kena sara keluarga, baru sekarang dia nak carik income extra. Tapi sebenarnya nak poligami bukan sebab nak bantu saya.

Teacher Kangkung hantar saya ceramah – ceramah di whatsapp berkenaan poligami. Hantar saya contoh lelaki B40 tapi masih boleh poligami. Siap send saya message yang berbunyi, “Dari segi hukvm, boleh je nikah poligami. Nabi pun pernah poligami sedangkan dapurnya tak berasap selama 3 bulan berdasarkan 1 hadith riwayat Aisyah.”

Yer. Benar. Lelaki – lelaki melayu, bila tentang poligami semuanya mahu ikut nabi. Tapi hal lain, tidak ikut nabi. Sadis. Saya beri kata putus pada suami, tinggal perempuan tu atau ceraikan saya. Suami saya tak nak dua – dua jalan tu. Sebab dia nak dua – dua.

Dia memang mahu poligami. Dia sangat tinggi ya cita – cita. Siap ugvt saya macam – macam jika saya failkan perceraian, dia kata dia tak redha saya dari awal kahwin sampai sekarang. Jika saya kacau hidup teacher Kangkung, dia akan kacau hidup saya. Huhu. Alahai, sedih betul nasib saya.

Jadi, saya anggap ini lah jalan keluar yang Allah nak beri pada saya. Saya akan gerak dan filekan perceraian secepat mungkin. Pergi m4tilah dengan segala ugvtan – ugvtan dia tu. Suami berulang – ulang sebut, dulu nak sangat abang cari extra income, sekarang ada perempuan yang boleh bantu abang cari extra income, awak pulak tak setuju”. Adoila… lawak apakah ini.

Apa – apa pun, selama ini saya anggap sayalah perempuan paling b0doh, sebab kekal bersabar dengan suami saya. Tapi, alhamdulillah, muncul teacher Kangkung yang belikan suami saya kereta walau hanya kenal beberapa bulan. Terbukti bukan saya yang paling b0doh. Hehe

Tipulah saya tak risau nak pegang title ibu tunggal anak 3. Tapi, fikir – fikirkan, selama ni pun saya dah macam ibu tunggal. Takpelah anak – anak, kita jalan ke depan ya. Pembaca jangan la kutuk saya yer, saya tahu dulu saya b0doh. Saya tak akan pandang belakang lagi.

Buat Teacher Kangkung, konon menyokong poligami tapi jalin hubungan senyap – senyap, secara rahsia. Pastu laki aku menipu pulak pasal kereta tu. Cara nak mulakan pun dah salah. Nak jadi cikgu bukan ke kena bijak? Tapi kau kenapa tak macam berapa bijak?

Dengar sini perempuan, kau jangan berani nak video call anak – anak aku dan datang dekat anak – anak aku. Kau bukan siapa – siapa. Pembaca, doakan saya terus kuat. Satu saya sangat menyesal, saya lambat ambil tindakan.

Sekarang umur dah 40an, baru nak tamatkan pend3ritaan yang panjang ini. Ambillah apa – apa pengajaran yang boleh diambil dari cerita saya. What to do and what not to do. Terima kasih… – Yaya (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Norma Nor :Cikgu kangkung tu bukan r4mpas laki Kau tapi dia r4mpas masalah Kau. Bersyukurlah… Next move pergiIah mintak fasakh. Berdamai dengan takdir. Percayalah, hidup Kau Akan lebih bahagia tanpa ‘masalah’ Kau. Terlepas 1 beban dlm hidup.

Zalikha Zainal :Sis, saya cadangkan buat tuntutan nafkah dulu. Backdated sepanjang perkahwinan yang dia culas semua tu. Perempuan mintak divorce kalau takde kerjasama bukan senang. So kita buat yang paling senang dulu. Dia Nak poligami ke apa lantaklah.

BACA: Tengku Hassanal mahu Polis ambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Muhyiddin