“Dah la cantik”, gadis india tunjuk bakat pandai baca dan hafal surah Al-Quran. Sebagai umat Islam, kita sudah diajar sejak kecil untuk menghafal surah-surah lazim
Antara surah lazim yang wajib dibaca adalah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas, Al-Kafirun dan banyak lagi.
Percaya atau tidak, ada di antara orang Melayu Islam yang masih belum dapat menghafal surah-surah lazim tersebut.
Namun, berbeza pula dengan sebuah video tular ini apabila seorang gadis berbangsa India menghafal beberapa surah lazim telah meraih pujian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kawan Melayu terkejut dengar member boleh hafal surah lazim
Menerusi video yang dimuat naik oleh @lan5388, kelihatan gadis India itu sedang membuat live di TikTok bersama seorang wanita.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila gadis India itu dilihat membaca huruf Jawi dan beberapa surah lazim dengan begitu lancar sekali.
Apabila dia menghafal surah An-Naas dari mula sampai akhir, wanita bertudung biru itu dilihat terkejut kerana tidak sangka orang berlainan bangsa pun tahu tentang Islam.
@lan5388smoga mendapat hidayah…😊😊🤲🤲 Amin..
“Semoga hidayah milik dia. Aku pun tak hafal Yasin, malunya” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 616.2K views, 32.2K likes serta 7.1K shares di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut terpegun dengan kebolehan gadis India itu menghafal surah-surah lazim di dalam Al-Quran.
BACA:
Ini bangunan terbengkalai sampai sekarang di Putrajaya punca kerajaan rugi dekat RM1 billion!
Ini 10 jenis duit syiling Malaysia yang boleh dijual mencecah RM 700,000!