Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca. Aku Mawar, umur awal 30an dan sudah berkeluarga.
Aku straight to the point aje. Aku anak yatim piatu & anak kedua dari lima (5) orang adik beradik.
Ayah aku baru meninggal bulan Januari tahun ni sakit kanser stage 4. Mak aku pula meninggal 3 tahun yang lepas.
Masa bulan Ramadan yang lepas ni, lagi 4 hari nak sambut raya kami adik beradik ada bertelagah mulut di WhatsApp.
Punca starting bertelagah tu bila satu-satunya adik lelaki dalam adik beradik aku buat hal. Kami adik beradik semuanya sudah berkeluarga.
Dah jadi macam habit semenjak arwah mak aku meninggal, kakak sulung aku ni akan booking studio raya untuk semua ahli keluarga berphotoshoot di studio atas permintaan ayah aku.
Bila ayah ni dapat tahu je dia ada sakit kronik, Ayah nak create banyak-banyak memories dengan anak-anak.
So bila pergi jalan mana-mana or apa sahaja aktiviti yang buat bersama dengan ayah, ayah akan ajak bergambar dan ambil video.
Tiap kali kakak aku ni plan tanya adik-adik bila free sebab dia nak set date appointment untuk booking studio raya.
Tiap kali tu jugak hanya adik lelaki aku ni sahaja yang manjang tak free. Dia kata tarikh sekian-sekian tu dia kerja.
Kami semua faham la sebab dia kerja shift. Tak sama dengan kami yang office hour ni.
Bila tanya bila dia free, dia kata nanti bagitahu tapi sampai kesudah senyap sepi. Selalunya bila jadi sebegitu, ayah akan cakap takpa lah kita bergambar dengan siapa yang ada je.
So kakak sulung proceed aje ikut apa hajat ayah nak. Yang penting kebahagiaan ayah.
Bayangkan dari arwah ayah aku ni ada dia asyik tak free sampai lah ayah ni dah meninggal & sampai lah tibanya hari pergaduhan tu tercetus. Adik aku ni tak free bukan isu bergambar ni aje.
Even bila ajak bercuti sama-sama dengan ayah pun susah betul nak free. Tapi bila balik kampung belah isteri atau bercuti dengan family belah isteri selalu free aje.
Kami diam, tak cakap apa-apa sebab faham dia dah berkeluarga. Apa-apa decision semua atas dia.
So tak boleh nak salahkan isteri dia sebagai punca. Sebab adik aku tu yang KETUA KELUARGA.
Kami ni sendiri juga kak ipar/adik ipar bila dikeluarga belah suami kami. Jadi kami faham perasaan menjadi kak ipar/adik ipar tu macam mana.
So untuk photoshoot tahun ni. Lepas yang lain-lain berusaha tukar tarikh siap ambil cuti segala semata nak ikutkan tarikh yang adik lelaki aku ni free.
Sebab kami nak sangat ada gambar dengan dia anak beranak. Alih-alih bila tiba hari kejadian, called time photoshoot pukul 2.
00 petang pukul 10 pagi dia WhatsApp bagitahu dia tak pergi photoshoot kejap lagi. Nak balik beraya kampung isteri dia, nak elak jalan jammed dia kata.
Habis kami yang lain ni tak hadap jalan jammed jugak ke balik kampung nanti. Sama je sebenarnya.
Berangin lah kami adik beradik. Terasa betul-betul selfish dia kali ni.
Kakak aku Whatsapp dalam group besar family yang ada semua termasuk adik ipar (wife adik lelaki aku) tanya penuh beradab ya kenapa tak join sekali, sedih kakak. Tapi mereka ignore aje.
Bila aku sound dalam group baru adik lelaki aku balas tapi itu pun dia jawab “Aku nak bergambar dengan ayah. Ayah ada ke?
Takde kan. Dulu tak pernah kisah pun aku tak join”
Fine. Dia buat gitu.
Kami kata takpa lah tak nak join, tak nak paksa pun. Berkumpul lah kami 4 beradik bergambar.
Perangai kami pulak gaduh la macam mana pun, tapi bila depan-depan akan bercakap macam biasa. Tak nak gaduh tu berpanjangan tapi sedikit kata maaf pun tak ada keluar dari mulut mereka suami isteri.
Hanya kakak sulung dan kami 4 beradik je yang mintak maaf pada mereka berdua kalau ada tersalah cakap atau berkasar. Perangai adik lelaki aku ni bukan lepas kahwin baru jadi selfish & toksik macam ni.
Dari dia bujang lagi. Maki hamun adik beradik tu biasa je bagi dia.
Tak boleh ditegur langsung nanti mula la kena carut dengan dia. Puk*mak tu laju je meluncur dari mulut.
Dia pernah sakit bertarung nyawa masa kena covid varian delta dulu. Aku kakak dia ni yang siap sarung baju PPE tu, punya nak jaga dia sampai dia betul-betul sembuh dulu.
Alih-alih bila gaduh mulut, dia kata adik beradik ni tak pernah tolong dia apa-apa langsung. Adik beradik dia ni semua bod*H.
Bukan dari segi tenaga je kami ni sama-sama tolong. Bila dia tak cukup duit pun, adik beradik ni jugak yang hulur bagi pinjam.
Macam mana boleh dengan bangga kata adik beradik langsung tak pernah tolong apa-apa.
Kemuncak peristiwa buat aku terasa makan hati, kecewa & fed up dengan perangai adik lelaki aku ni bila terjadi perkara tak sama seperti peribahasa melayu kita, “Bila dicampak bunga, takkan di balas dengan tahi”
Baru sahaja tiga bulan yang lepas aku dengan suami aku ni tolong dia angkat-angkat barang bila dia nak pindah keluar dari rumah sewa.
Pindah keluar dari rumah sewa kemudian menginap di rumah peninggalan ayah kami.
Kami ni tahu adik lelaki tak cukup duit nak upah orang untuk tolong kemas barang-barang yang banyak tu dari rumah sewa dia, jadi kami ni hulur la bantuan kudrat tenaga bila kami free.
Ulang alik pergi rumah sewa dia tolong kemas tiga empat hari baru settle semua. Alih-alih 4 hari yang lepas ni waktu kami semua adik beradik balik berkumpul dekat rumah ayah.
Suami aku ditumbuknya siap pakej halau suruh kami berambus dari rumah ayah. Gara-gara suami aku tengking cakap “Sudah” lepas bengang dengar adik lelaki aku ni kurang ajar banyak kali sebut puk*mak depan muka aku.
Aku tak kisah dah lali dengan sikap dia yang tak hormat adik beradik tapi bila dia sentuh suami aku yang selama ni tak pernah sekali pun masuk campur urusan kami adik beradik. Aku jadi panas hati.
Kelakar tau kalau aku nak cerita kenapa dia puk*mak kan aku. Aku sendiri rasa kelakar.
Ingat dah kahwin dah jadi bapak orang perangai tu makin matured, makin beradab. Belum dapat hidayah Allah lagi barangkali.
Takpa aku doakan. Aku ketuk pintu bilik tidur mereka untuk panggil adik ipar malam tu, kebetulan lepas bertumbuk tu adik aku terus keluar pergi kedai.
Aku nak cakap face to face dari hati ke hati, sebab aku tahu adik aku tu terlampau ego. Sikit pun dia tak mahu nak dengar apa-apa teguran atau penjelasan dari keluarga dia.
Dengan harapan adik ipar ni dapat slow talk nasihatkan suami tu apa yang termampu. Tapi adik ipar kata dia tak nak jumpa just nak WhatsApp je.
So aku WhatsApp bagitahu aku tak kan maafkan sampai aku mati kalau tak ada sekelumit pun rasa adik aku ni nak rendahkan ego dia untuk minta maaf.
Adik ipar aku ni balas chat mintak maaf wakilkan side adik aku tapi elok tak lama lepas aku dah baca chat adik ipar ni, dia terus delete chat tu.
Speechless terus aku. Then adik lelaki aku terus mesej dalam group family cakap “Lawak bodoh la kau ni, jangan pernah invite lagi aku dalam group bo*oh ni” lepas dah cakap gitu dia terus left dari semua group family.
Sedih betul rasa, malu betul dengan mak ayah bila adik beradik kerap bergaduh benda remeh temeh.
Dah berbelas tahun aku & adik beradik yang lain asyik beralah dan maafkan je dia tapi kali ni aku pilih untuk cut off terus hubungan toksik dengan adik aku.
Bosan benda yang sama je asyik jadi seolah macam tak ada kesudahan. Baik jarakkan aje hubungan tu buat sementara waktu.
Biar Allah sahaja lah yang tunjukkan kebenaran & moga Allah juga beri teguran untuk diri aku. Mungkin aku gagal menjadi seorang kakak yang baik untuk adik-adik.
Wallahualam.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
BACA: Dulu selamat kini tidak lagi, individu dedah Jepun bukan lagi negara selamat