Dah jadi banduan akhir pun ada selera nak makan, ini senarai makanan yang diminta no.7 tu paling tak masuk akal!
Amalan ‘Makanan Terakhir’ ini merupakan suatu tradisi atau ritual bagi banduan yang menanti hukuman mati terutama di negara-negara Barat.
Apa saja yang mereka nak makan, akan cuba dikabulkan oleh pihak penjara.
Dari ayam goreng hingga spageti, ini ada beberapa permintaan makanan terakhir daripada penjenayah paling terkenal di dunia sebelum dihantar ke bilik kematian:
1. Lawrence Russel Brewer
Dapatkan katil dan banglo kucing eksklusif untuk kucing anda di Lakardanreka. [KLIK]
Kes jenayah: Dia dan dua lagi rakannya yang rasis telah membunuh James Byrd dengan cara memukul, kencing di atas mangsa sebelum merantai kakinya di trak pikap dan mengheretnya hidup-hidup sejauh tiga batu. Brewer dijatuhkan hukuman mati atas kesalahannya pada tahun 2011.
Permohonan makanan terakhirnya telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Makanan terakhir: Ini apa yang dia oder; 2 ayam goreng, burger keju dengan 3 kali ganda kepingan daging, sayur bendi goreng, hampir sekilo daging barbeku, 3 kebab, 1 pizza daging dan coklat mentega kacang dengan kacang tanah hancur.
Banyak betul yang dia nak makan sehingga membuatkan staff di bahagian dapur panik namun apa yang lebih menyakitkan hati adalah dia langsung tidak menyentuh makanan tersebut setelah oder mahal-mahal.
Sejak itu, kerajaan negeri Texas menghentikan tradisi ‘Makanan Terakhir’ tersebut.
2. John Wayne Gacy
Kes jenayah: John turut dikenali sebagai Badut Pembunuh pada era 1970-an kerana kerjayanya sebagai penghibur di majlis-majlis dan acara perbarisan. Dia telah menyerang, menyeksa dan membunuh sekurang-kurangnya 33 orang remaja lelaki dan pemuda sebelum dijatuhi hukuman mati pada tahun 1994.
Makanan terakhir: Dia meminta satu bucket ayam goreng KFC, udang goreng, kentang goreng dan buah strawberi segar sebagai makanan terakhirnya.
3. Ted Bundy
Kes jenayah: Pembunuh bersiri paling terkenal ini mengaku bersalah membunuh sekurang-kurangnya 30 mangsa sebelum dihukum mati pada tahun 1989.
Makanan terakhir: Dia menolak sebarang hidangan istimewa lalu diberikan makanan standard banduan hukuman mati oleh pihak penjara di Florida seperti berikut: stik, kentang hash brown, kopi, jus, roti bakar bersama mentega dan jeli, susu dan telur goreng separuh masak.
4. Peter Kürten
Kes jenayah: Mendapat gelaran “The Vampire of Düsseldorf” kerana tabiatnya yang cuba meminum darah mangsa -mangsa pembunuhannya. Pembunuh bersiri dari Jerman ini dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1931 atas 9 kes pembunuhan dan 7 kes percubaan membunuh.
Makanan terakhir: Wienerschnitzel (sejenis roti daging), kentang goreng dan sebotol wain. Dia seronok menikmati hidangan tersebut sehingga meminta untuk tambah semua makanan itu sebelum mati.
5. William Bonin
Kes jenayah: Turut dikenali sebagai ‘Freeway Killer’, dia dipenjarakan di San Quentin, California. Dijatuhi hukuman mati atas kesalahan kes rogol dan bunuh 21 orang budak lelaki dan lelaki muda.
Makanan terakhir: Dia memesan 2 pizza pepperoni dan 3 aiskrim coklat. Selain itu, dia turut meneguk Pepsi dan Coca Cola pada malam hukuman mati kerana cuba membunuh diri dengan diabetes.
6. Miguel Richardson
Kes jenayah: Miguel telah membunuh dua orang pengawal sekuriti di sebuah rumah penginapan di San Antonio, Texas pada tahun 1979. Dia tidak dapat ditangkap sehingga tahun 1980 dan sepatutnya dihukum mati setahun kemudian. Namun hukuman itu ditangguh sehingga tahun 2001.
Makanan terakhir: Sebelum menjalani hukuman mati, pesanan makanan terakhir lelaki ini begitu sentimental sekali iaitu sebiji kek hari jadi yang tertulis 2-23-90 sempena tarikh perkahwinannya, banyak buah dan salad dengan kuah Thousand Island.
7. Thomas J. Grasso
Kes jenayah: Dia dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1995 kerana dua kes pembunuhan di mana dia telah mencekik seorang wanita berusia 87 tahun menggunakan rantaian lampu Krismas, mencuri wang 12 dolar dan menjual TV wanita tersebut.
Kemudian dia membunuh pula seorang lelaki yang juga warga emas sebelum mencuri cek sekuriti sosialnya.
Makanan terakhir: 2 dozen kupang kukus, 2 dozen kepah kukus, 2 ‘double cheeseburger’ daripada Burger King, setengah dozen daging babi barbeku, 2 susu kocak perisa strawberi, separuh pai labu dengan hiasan krim putar bersama strawberi dipotong dadu dan spageti bebola daging yang dihidangkan pada suhu bilik. Spageti tersebut pula haruslah berbentuk O.
Namun begitu, dia kompelin bahawa “I did not get my SpaghettiOs, I got [canned] spaghetti. I want the press to know this.” Kata-kata itu amat popular sehingga ke hari ini.
Macam-macam fiil mereka kan? Marilah kita sama-sama berdoa agar dikurniakan pengakhiran hidup yang baik, tidak menyakiti sesiapa dan tidak lagi memikirkan soal makan saat di hujung nyawa.
BACA:
Sepatutnya jadi kondo tiba-tiba jadi shopping mall, Ini punca Sampoong Mall Korea roboh