Dah boleh buang kad Touch&Go, ini 12 tol yang boleh bayar guna kad debit

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Dah boleh buang kad Touch&Go, ini 12 tol yang boleh bayar guna kad debit

Jika kita melalui lebuh raya bertol, kad Touch n’ Go adalah perkara penting yang perlu disediakan

Namun, pasti kadangkala kita pun terlupa untuk tambah nilai kad ini. Sehingga menyebabkan, ia tersangkut dan tidak boleh melalui jalan tol tersebut.

Dah boleh buang kad Touch&Go, ini 12 tol yang boleh bayar guna kad debit

Tetapi, kini tidak perlu risau lagi kerana kerajaan telah mengumumkan pengguna boleh membayar tol menggunakan kad debit atu kredit bermula September ini.

Berikut di bawah adalah 12 tol di lebuh raya yang gunakan kad debit:

– Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
– Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
– Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
– Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
– Jambatan Pulau Pinang (JPP)
– Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
– Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
– Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
– Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
– Terowong SMART
– Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
– Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE)

Apa jadi dengan Touch n’ Go?

Pasti ramai tertanya, apa yang jadi dengan Touch n’ Go dengan perkembangan baharu ini? Tentu ramai yang akan menggunakan kad debit dan kredit untuk membayar tol bukan?

Namun, jangan risau kerana difahamkan sistem kutipan tol akan memberikan pilihan cara pembayaran tol kepada pengguna selain kaedah pembayaran secara Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), kad Touch n’ Go dan SmartTag.

Walaupun banyak cara pilihan pembayaran tol, tapi tak salah kan kalau anda ada ‘back up’ andai kata salah satunya tak berfungsi betul tak? Ini juga lebih mudah untuk kita nanti.

BACA: Malas yang tak boleh dibendung, gara-gara malas hafal skrip, ini pelakon terkenal yang guna alat bantuan ketika berlakon