Semua makanan sejuk beku di pasaran tidak elok untuk dimakan tapi itulah pilihan dan kegemaran anak kecil.
Rupanya senang sahaja nak buat nugget ayam ini, boleh dibuat di rumah sahaja, makanan lebih segar dan sihat.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan Ieda Jahaya BIKMM menerusi Facebook ‘Auni Page‘.
“Nugget ayam! Puas makan kalau buat sendiri.”
Resepi nugget donut ayam
Bahan-bahan:
4 keping roti (kisar halus)
250g dada ayam. (potong kecil dan masuk dalam pengisar)
Sedikit garam
1 sdk serbuk lada. (kalau blh guna lada biji,tumbuk dahulu sebelum masuk dalam pengisar)
1 bji telur
1 sdk stock ayam
1 sdk serbuk cili
1 sdk cili flake. (jika mahu pedas)
1sdk serbuk halia
Cara-cara:
Kisar semua bahan bersama serbuk roti dan dada ayam tadi
Pastikan sebati dan halus semuanya
Sapu sikit minyak dekat tapak tangan
Bentukkan bahan yang dah dikisar secar bulat
Susun dalam talam. (kena lapik plastik supaya senang nak angkat nanti)
Buat lubang kat bahagian tengah supaya jadi seperti donut.
Salut dengan tepung jagung
Kemudian celup dalam telur sebelum salut dalam serbuk roti.
Kemudian goreng hingga keperangan.
Angkat dan siap!
Selamat mencuba!