‘Cuba minum encik..’ Penduduk jamu air tuak kepada geng tabligh undang kecaman netizen

Oleh MHDAILY

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan menerima pelbagai kecaman.

Ketiga-tiga penduduk tersebut kemudian tampil memohon maaf atas perbuatan mereka.

Beberapa penduduk di Pinrang, wilayah Sulawesi Selatan, telah menerima kecaman ramai

selepas menyajikan air tuak kepada kumpulan jemaah tabligh dari Pakistan, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Dalam rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @interaktive_,

'Cuba minum encik..' Penduduk jamu air tuak kepada geng tabligh undang kecaman netizen

salah seorang lelaki dilihat menuang tuak ke dalam cawan.

Dia kemudian memberikan minuman itu kepada jemaah tanpa rasa bersalah.

“Manis, cuba minum encik,” kata seorang lelaki dalam video tersebut.

BACA: Nak tukar tayar kereta jangan tersalah pilih, ketahui konsep 3T supaya tak kena tipu