Cuaca terlalu panas buat landasan cair, Britain henti penerbangan. Penerbangan keluar dan masuk di lapangan terbang terbesar di Pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) United Kingdom (UK) yang bertempat di Oxfordshire terpaksa ditutup kerana landasan terbangnya cair pada Isnin.
London, Keputusan RAF untuk menghentikan sementara penerbangan di pangkalannya itu turut dilaporkan oleh Sky News. Landasan terbang Brize Norton itu cair akibat cuaca panas, kata sumber tentera yang dilaporkan oleh portal berita Express.
Pihaknya juga mengesahkan penerbangan dialihkan ke tempat lain dan menyatakan bahawa lencongan itu tidak mengganggu urusan ketenteraan. Keputusan itu dibuat untuk memastikan tiada kesan ke atas operasi dan berlaku ketika suhu menghampiri 40 darjah Celsius di Britain.
Penerbangan juga digantung di Lapangan Terbang Luton kerana masalah landasan terbang akibat cuaca panas dengan pesawat dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan.
Kenyataan yang disiarkan ke akaun Twitter Luton berbunyi: “Berikutan suhu tinggi hari ini (Isnin), kecacatan permukaan dikenal pasti berlaku di landasan (terbang).
BACA:
JAWI bebaskan wanita hina Islam, tak jadi didakwa di Mahkamah Syariah
Rapid KL kena ‘sekolah’ balik dengan netizen selepas tegur penumpang
Kelibat ‘Penanggal’ berjaya dirakam di Terengganu, kelam-kabut satu kereta