Coldplay, kumpulan muzik dari Britain yang pernah melawat Malaysia buat pertama kali tahun lalu ini telah bekerjasama dengan The Ocean Cleanup
Dalam menghasilkan album vinyl mereka daripada plastik sampah yang diambil dari sungai-sungai di Malaysia dan Indonesia.
Chris Martin, vokalis utama Coldplay, dalam satu penampilan di rancangan QVC, mendedahkan bahawa setiap album vinyl mereka dihasilkan daripada sembilan botol plastik.
Plastik ini diambil menggunakan River Cleanup Boat, sebuah teknologi canggih yang juga dibiayai oleh Coldplay.
“Vinyl ini diperbuat daripada plastik yang dikumpul dari sungai di Malaysia dan Indonesia,” ujar Chris Martin,
sambil menekankan bahawa Coldplay memainkan peranan dalam pelaburan teknologi pembersihan sungai ini.
Album Coldplay yang dibuat daripada sampah sungai Malaysia dan Indonesia ini telah berjaya mengurangkan pencemaran plastik dan memberikan harapan baharu kepada ekosistem sungai.
Walaupun inisiatif ini mendapat pujian ramai, ada juga pihak yang melihatnya dari sudut yang lebih kritikal.
Salah satu komen yang muncul adalah daripada seorang pengguna media sosial yang menyatakan, “It’s not proud dude, means our river has many rubbish.”
Komen ini seolah-olah mengingatkan kita bahawa negara kita sebenarnya mempunyai masalah serius dalam pengurusan sampah.
Usaha Coldplay dalam mengitar semula plastik sampah menjadi sebuah vinyl telah membuka mata banyak pihak.
Ada yang beranggapan bahawa usaha ini baik untuk menjaga alam sekitar, sementara sebahagian lagi merasakan bahawa negara kita mempunyai isu sampah yang sukar untuk diselesaikan.
BACA: ‘Nampak tua, macam aplikasi tahun 1997’ Laman web MyDigital ID dikecam netizen