Coklat Cadbury yang berusia 121 tahun ini menjadi buruan ramai, tak sangka nilainya buat ramai nak beli

Oleh MHDAILY

Coklat Cadbury yang berusia 121 tahun ini menjadi buruan ramai, tak sangka nilainya buat ramai nak beli

TIDAK disangkakan apabila barangan antik juga boleh terdiri daripada makanan.

Begitulah kisahnya apabila coklat Cadbury berusia 121 tahun yang diberikan sebagai cenderahati

Coklat Cadbury yang berusia 121 tahun ini menjadi buruan ramai, tak sangka nilainya buat ramai nak beli

sempena pertabalan Raja Edward VII dan Ratu Alexandra bakal dilelong dengan nilai antara 100 Pound Sterling (RM595) hingga 150 Pound Sterling (RM893).

Menariknya, coklat berkenaan masih tidak dibuka dari tinnya dan ia belum dimakan selama lebih satu abad.

Manisan itu diawet Cadbury sempena majlis pertabalan berkenaan.

Coklat itu diberikan kepada Mary Ann Blackmore yang berusia sembilan tahun di sekolahnya pada tahun itu.

Dia tidak memakannya tetapi memutuskan untuk menyimpan cenderahati itu sebagai kenang-kenangan sempena majlis berkenaan.

Coklat vanila itu diturunkan melalui keluarga sehingga ke cucunya, Jean Thompson, 72, yang akhirnya membawa tin itu kepada pusat lelongan, Hansons Auctioneers di Derby, United Kingdom.

Menurut Morven Fairlie yang merupakan jurucakap Hansons Auctioneers, pada masa itu, kanak-kanak jarang mendapat coklat.

“Ia jelas hadiah istimewa kepada kanak-kanak itu sehingga dia fikir dia tidak boleh menyentuhnya,” katanya lepada pemberita.

Fairlie berkata, mereka menjangkakan coklat itu boleh dilelong antara RM595 hingga RM893.

“Mungkin nilainya boleh melonjak tinggi kerana sejarahnya. Ia bergantung kepada siapa yang suka mengumpul barangan dari masa lalu yang ada kaitan dengan susur galur diraja,” katanya.

Bagaimanapun, coklat berusia 121 tahun itu yang sudah tamat tempoh dikatakan sudah tidak selamat untuk dimakan.

“Tiada sesiapa yang akan memakannya. Jika anda membuka tin itu, ia memang berbau coklat, tetapi saya tidak mahu mengambil risiko,” katanya.

BACA:

Bapa Hasnul Rahmat meninggal dunia, hembus nafas terakhir di Singapura