Cium pipi dan kelucahan melampau, ‘Ustaz Pas’ akhirnya dipenjara

Oleh SURIANI HAMDAN

Diidakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun, termasuk mencium pipi di sebuah hotel di sini pada jam 1.15 pagi pada 16 Disember 2020.

Ustaz Budak akhirnya dihukum penjara selama 13 bulan setelah Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengekalkan hukuman

Dan sabitan atas kesalahan kelucahan melampau dengan mencium pipi dan mencabul seorang ahli perniagaan lelaki, tiga tahun lalu.

Cium pipi dan kelucahan melampau, 'Ustaz Pas' akhirnya dipenjara

Keputusan ini diumumkan oleh Hakim, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas selepas menolak rayuan yang dikemukakan oleh perayu, Syamsul Zaman Sukri, 35, dan mengarahkan pemenjaraan itu berkuat kuasa serta-merta.

Mohamad Abazafree dalam alasan penghakimannya menyatakan bahawa perayu, yang juga menjadi mudir sebuah madrasah tahfiz di Machang, tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan terhadapnya.

Beliau menyatakan tujuh perkara yang dibangkitkan oleh perayu, termasuk mendakwa keterangan mangsa tidak boleh diyakini kerana isu percanggahan waktu. Namun, mahkamah mendapati setiap orang mempunyai tahap ingatan yang berbeza dan perkara itu tidak menjejaskan pendakwaan dalam kes tersebut.

“Perayu juga menimbulkan isu bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan mens rea (niat untuk melakukan jenayah) dalam kes ini, tetapi berdasarkan alasan penghakiman mahkamah majistret dan nota keterangan menunjukkan bahawa terdapat tindakan dan niat daripada perayu kepada mangsa.

“Oleh sebab itu, mahkamah ini mengekalkan sabitan dan berpendapat hukuman daripada Mahkamah Majistret sebelum ini adalah tepat serta memadai,” kata beliau.

Syamsul Zaman, yang juga seorang pendakwah, didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun, termasuk mencium pipi di sebuah hotel di sini pada jam 1.15 pagi pada 16 Disember 2020.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Pada 9 Mac lalu, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh didapati bersalah, namun penangguhan hukuman terhadapnya dibenarkan sepanjang tempoh rayuan.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri.

Sebelum ini, Ustaz Budak dihadapkan ke mahkamah di negeri ini atas 13 pertuduhan melibatkan jenayah seksual terhadap beberapa mangsa lelaki, termasuk bekas pelajarnya

BACA: “Selama ni mak nampak tenang, 1 hari aku teman mak beli barang, tiba-tiba mak menangis, rupanya ayah jadi punca!”